This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 49 Recovery of tax from persons leaving Malaysia
(1) Where the Director General has reason to believe that any person is about or is likely to leave Malaysia without paying—
(a) any tax due and payable by him;
(b) any penalty payable under section 21;
(c) any surcharge which has accrued under section 51;
(d) any fee payable under sections 77, 170 and 173; or
(e) any other money recoverable from him under this Act,
the Director General may issue to any Director of Immigration a notice containing particulars of the person and the offence committed with a request that the person be prevented from leaving Malaysia unless and until he pays the tax, penalty, surcharge, fee or any other money, or furnishes security to the satisfaction of the Director General for their payment.
(2) Subject to any order issued or made under any written law for the time being in force relating to immigration, any Director of Immigration who receives a notice under subsection (1) in respect of a person shall exercise all measures which may include the removal and retention of any certificate of identity, passport, exit permit or other travel document in relation to that person as may be necessary to give effect to the notice.
(3) The Director General shall cause the notice issued under subsection (1) to be served personally or by registered post on the person to whom the notice relates:
Provided that the non-receipt of the notice by that person shall not invalidate anything done under this section.
(4) Where the person in respect of whom a notice has been issued under subsection (1) produces on or after the date of the notice a written statement signed by the Director General stating that any tax, penalty, surcharge, fee or any other money specified in the notice have been paid or that security has been furnished for its payment, the statement shall be sufficient authority for allowing that person to leave Malaysia.
(5) No legal proceedings shall be instituted or maintained against the Federal Government, a State Government or any public officer in respect of anything lawfully done under this section.
(6) For the purposes of this section, “Director of Immigration” means the Director of Immigration appointed under subsection 3(1a) of the Immigration Act 1959/1963 [Act 155].
Malay text (authoritative)
Mendapatkan cukai daripada orang yang meninggalkan Malaysia
(1) Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan meninggalkan Malaysia tanpa membayar—
(a) apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar olehnya;
(b) apa-apa penalti yang kena dibayar di bawah seksyen 21;
(c) apa-apa surcaj yang terakru di bawah seksyen 51;
(d) apa-apa fi kena dibayar di bawah seksyen 77, 170 dan 173; atau
(e) apa-apa wang lain yang boleh didapatkan daripadanya di bawah Akta ini,
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada mana-mana Pengarah Imigresen suatu notis yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan kesalahan yang dilakukan olehnya dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar cukai, penalti, surcaj, fi atau apa-apa wang lain itu, atau mengemukakan jaminan yang memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya.
(2) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan imigresen, mana-mana Pengarah Imigresen yang menerima notis di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk pemindahan dan penahanan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain berhubungan dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menguatkuasakan notis itu.
(3) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) disampaikan secara kediri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang dengannya notis itu adalah berhubungan:
Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang itu tidak boleh menidaksahkan apa-apa yang dilakukan di bawah seksyen ini.
(4) Jika orang yang berkenaan dengannya suatu notis telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan pada atau selepas tarikh notis itu suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa apa-apa cukai, penalti, surcaj, fi atau apa-apa wang lain yang dinyatakan dalam notis itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi untuk membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia.
(5) Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di bawah seksyen ini.
(6) Bagi maksud seksyen ini, “Pengarah Imigresen” ertinya Pengarah Imigresen yang dilantik di bawah subseksyen 3(1 a) Akta Imigresen 1959/1963 [Akta 155].
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).