My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 66

Goods and Services Tax Act 2014 s 66

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 66 Supplies spanning change in rate or description

(1) Notwithstanding section 11, this section shall apply where there is a change in the— (a) rate of tax fixed under section 10; (b) description of the supply of goods or services determined as zero-rated supply under section 17; or (c) description of the supply of goods or services determined as exempt supply under section 18. (2) Where there is a change in the rate of tax fixed under section 10, the rate at which the tax is chargeable on any supply spanning the change in the rate of tax shall be as follows: (a) tax shall be charged at the old tax rate on the higher of the following amounts: (i) full payment or part payment received before the date of change in the rate of tax; or (ii) value of the supply of goods where the goods are wholly or partly removed or made available or the services are wholly or partly performed before the date of change in the rate of tax; and (b) tax shall be charged at the new tax rate on the difference, if any, between the amount of the whole supply and the amount referred to in paragraph (a). (3) Where there is a change in the description of the supply of goods or services determined as zero-rated supply under section 17, the rate at which tax is chargeable on the supply spanning the change in the description shall be as follows: (a) in the case of a zero-rated supply being changed to a standard-rated supply and spans the change— (i) no tax shall be charged on the higher of the following amounts: (aa) full payment or part payment received before the date of change in the description; or (bb) value of the zero-rated supply of goods where the goods are wholly or partly removed or made available or the services are wholly or partly performed before the date of change in the description; and (ii) tax shall be charged on the difference, if any, between the amount of the whole supply and the amount referred to in subparagraph (a)(i); (b) in the case of a standard-rated supply being changed to a zero-rated supply and spans the change— (i) tax shall be charged on the higher of the following amounts: (aa) full payment or part payment received before the date of change in the description; or (bb) value of the standard-rated supply of the goods where the goods are wholly or partly removed or made available or the services are wholly or partly performed before the date of change in the description; and (ii) no tax shall be charged on the difference, if any, between the amount of the whole supply and the amount referred to in subparagraph (b)(i). (4) Where there is a change in the description of the supply of goods or services determined as an exempt supply under section 18, the rate at which tax is chargeable on the supply spanning the change in the description shall be as follows: (a) in the case of an exempt supply being changed to a taxable supply and spans the change— (i) no tax shall be charged on the higher of the following amounts: (aa) full payment or part payment received before the date of change in the description; or (bb) value of the exempt supply of goods where the goods are wholly or partly removed or made available or the services are wholly or partly performed before the date of change in the description; and (ii) tax shall be charged on the difference, if any, between the amount of the whole supply and the amount referred to in subparagraph (a)(i); (b) in the case of a taxable supply being changed to an exempt supply and spans the change— (i) tax shall be charged at the old tax rate on the higher of the following amounts: (aa) full payment or part payment received before the date of change in the description; or (bb) value of the taxable supply of the goods where the goods are wholly or partly removed or made available or the services are wholly or partly performed before the date of change in the description; and (ii) no tax shall be charged on the difference, if any, between the amount of the whole supply and the amount referred to in subparagraph (b)(i). (5) For the purposes of this section— (a) any supply spanning the change in the rate of tax or description refers to any supply where— (i) full payment is received before the date of change in the rate of tax or description and the goods are wholly removed or made available or the services are wholly performed after the date; (ii) full payment is received after the date of change in the rate of tax or description and the goods are wholly removed or made available or the services are wholly performed before the date; (iii) full payment is received before the date of change in the rate of tax or description and the goods are partly removed or made available or the services are partly performed before and after the date; (iv) full payment is received after the date of change in the rate of tax or description and the goods are partly removed or made available or the services are partly performed before and after the date; (v) the goods are wholly removed or made available or the services are wholly performed before the date of change in the rate of tax or description and part payment is received before and after the date; (vi) the goods are wholly removed or made available or the services are wholly performed after the date of change in the rate of tax or description and part payment is received before and after the date; (vii) part payment is received before the date of change in the rate of tax or description and part payment is received after the date; (viii) part payment is received before the date of change in the rate of tax or description and the goods are partly removed or made available or the services are partly performed after the date; (ix) the goods are partly removed or made available or the services are partly performed before the date of change in the rate of tax or description and part payment is received after the date; or (x) the goods are partly removed or made available or the services are partly performed before the date of change in the rate of tax or description and the goods are partly removed or made available or services are partly performed after the date; (b) “new tax rate” means the rate of tax applicable on the date the change in the rate of tax comes into operation; (c) “old tax rate” means the rate of tax applicable immediately before the date the change in the rate of tax comes into operation; (d) “standard-rated supply” means any supply which is chargeable to a rate of tax fixed under section 10. (6) Any person who contravenes this section commits an offence.

Malay text (authoritative)

Pembekalan menjangkaui perubahan kadar atau perihalan

(1) Walau apa pun seksyen 11, seksyen ini hendaklah terpakai jika terdapat suatu perubahan dalam— (a) kadar cukai yang ditetapkan di bawah seksyen 10; (b) perihalan pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar di bawah seksyen 17; atau (c) perihalan pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan dikecualikan di bawah seksyen 18. (2) Jika terdapat perubahan dalam kadar cukai yang ditetapkan di bawah seksyen 10, kadar yang cukai itu boleh dikenakan ke atas apa-apa pembekalan yang menjangkaui perubahan dalam kadar cukai hendaklah seperti yang berikut: (a) cukai hendaklah dikenakan pada kadar cukai lama atas amaun yang lebih tinggi yang berikut: (i) bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai itu; atau (ii) nilai pembekalan barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai itu; dan (b) cukai hendaklah dikenakan pada kadar cukai baru atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam perenggan (a). (3) Jika terdapat perubahan dalam perihalan pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar di bawah seksyen 17, kadar yang cukai itu boleh dikenakan ke atas pembekalan yang menjangkau perubahan itu dalam perihalan hendaklah seperti yang berikut: (a) dalam hal pembekalan berkadar sifar yang ditukarkan kepada pembekalan berkadar standard dan menjangkau perubahan itu— (i) tiada cukai hendaklah dikenakan ke atas amaun yang lebih tinggi yang berikut: (aa) bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; atau (bb) nilai pembekalan berkadar sifar barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; dan (ii) cukai hendaklah dikenakan atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam subperenggan (a)(i); (b) dalam hal pembekalan berkadar standard yang ditukarkan kepada pembekalan berkadar sifar dan menjangkau perubahan— (i) cukai hendaklah dikenakan atas amaun yang lebih tinggi yang berikut: (aa) bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; atau (bb) nilai pembekalan berkadar standard barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; dan (ii) tiada cukai hendaklah dikenakan atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam subperenggan (b)(i). (4) Jika terdapat perubahan dalam perihalan pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai suatu pembekalan dikecualikan di bawah seksyen 18, kadar yang cukai itu boleh dikenakan atas pembekalan yang menjangkaui perubahan dalam perihalan itu hendaklah seperti yang berikut: (a) dalam hal suatu pembekalan dikecualikan yang ditukarkan kepada pembekalan bercukai dan menjangkau perubahan— (i) tiada cukai hendaklah dikenakan atas amaun yang lebih tinggi yang berikut: (aa) bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; atau (bb) nilai pembekalan dikecualikan barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; dan (ii) cukai hendaklah dikenakan atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam subperenggan (a)(i); (b) dalam hal pembekalan bercukai yang ditukarkan kepada pembekalan dikecualikan dan menjangkau perubahan— (i) cukai hendaklah dikenakan pada kadar cukai lama atas amaun yang lebih tinggi yang berikut: (aa) bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; atau (bb) nilai pembekalan bercukai barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; dan (ii) tiada cukai boleh dikenakan atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam subperenggan (b)(i). (5) Bagi maksud seksyen ini— (a) apa-apa pembekalan yang menjangkaui perubahan dalam kadar cukai atau perihalan yang merujuk kepada apa-apa pembekalan jika— (i) bayaran penuh diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya selepas tarikh itu; (ii) bayaran penuh diterima selepas tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya sebelum tarikh itu; (iii) bayaran penuh diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya sebelum dan selepas tarikh itu; (iv) bayaran penuh diterima selepas tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya sebelum dan selepas tarikh itu; (v) barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan bayaran sebahagian diterima sebelum dan selepas tarikh itu; (vi) barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya selepas tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan bayaran sebahagian diterima sebelum dan selepas tarikh itu; (vii) bayaran sebahagian diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan bayaran sebahagian diterima selepas tarikh itu; (viii) bayaran sebahagian diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya selepas tarikh itu; (ix) barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan bayaran sebahagian diterima selepas tarikh itu; atau (x) barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya selepas tarikh itu; (b) “kadar cukai baru” ertinya kadar cukai yang terpakai pada tarikh perubahan dalam kadar cukai itu berkuat kuasa; (c) “kadar cukai lama” ertinya kadar cukai yang terpakai sebaik sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai itu berkuat kuasa; (d) “pembekalan berkadar standard” ertinya apa-apa pembekalan yang boleh dikenakan kadar cukai yang ditetapkan di bawah seksyen 10. (6) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next