My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 70

Goods and Services Tax Act 2014 s 70

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 70 Warehousing Scheme

(1) In relation to goods that have been imported and deposited in the warehouse and for which tax would be chargeable on the imported goods, there shall be a scheme to be known as the “Warehousing Scheme” which allows supplies of goods made within the warehouse to be disregarded except for the last of such supplies of goods which are removed before the duty point. (2) The last supply referred to in subsection (1) shall be treated as taking place at the duty point and the value of the supply shall be treated as including the duty, if any. (3) The tax on the last supply referred to in subsection (1) shall be due and payable at the duty point, together with the duty, if any, by the person who is required to pay the duty or, if no duty is due and payable, by the person by whom the goods are removed, except as may be otherwise provided by regulations made under this Act. (4) No person shall remove from a Warehousing Scheme any goods subject to tax and duty except— (a) after payment of the tax together with the duty, if any; (b) if the goods are in customs warehouse or licensed warehouse, under such conditions as the Director General deems fit to impose, for deposit in another customs warehouse or licensed warehouse; or (c) in accordance with such conditions as the Director General deems fit to impose, for a re-export from Malaysia, and in no case shall any goods be removed from a warehouse. (5) Any goods which are not subject to any duty shall be construed as being under customs control if they are subject to a Warehousing Scheme and shall be construed as being removed from customs control if they are removed from a Warehousing Scheme. (6) A reference in this section to goods being subject to a Warehousing Scheme shall be a reference to goods being kept in a warehouse or being transported between warehouses without the payment of any tax or duty and a reference to the removal of goods from a warehouse shall be construed accordingly. (7) For the purposes of this section— (a) “customs warehouse” has the meaning assigned to it in section 2 of the Customs Act 1967; (b) “duty” means customs duty or excise duty or to both; (c) “duty free shop” has the meaning assigned to it in section 2 of the Customs Act 1967; (d) “duty point” in relation to any supply of goods, means the time when the goods are removed from the Warehousing Scheme; (e) “inland clearance depot” has the meaning assigned to it in section 2 of the Customs Act 1967; (f) “licensed warehouse” has the meaning assigned to it in section 2 of the Customs Act 1967; and (g) “warehouse” means— (i) any customs warehouse; (ii) any licensed warehouse; (iii) any duty free shop; (iv) any inland clearance depot. (8) Any person who contravenes subsection (4) commits an offence.

Malay text (authoritative)

Skim Penggudangan

(1) Berhubung dengan barang yang telah diimport dan dideposit dalam gudang itu dan yang baginya cukai boleh dikenakan ke atas barang yang diimport itu, hendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim Penggudangan” yang membenarkan pembekalan barang yang dibuat dalam gudang tidak diambil kira kecuali pembekalan barang terakhir sedemikian yang dipindahkan sebelum peringkat duti. (2) Pembekalan terakhir yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikira sebagai berlaku di peringkat duti dan nilai pembekalan itu hendaklah dikira sebagai termasuk duti, jika ada. (3) Cukai atas pembekalan terakhir yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah genap masa dan kena dibayar di peringkat duti, bersama dengan duti, jika ada, oleh orang yang dikehendaki untuk membayar duti atau, jika tiada duti yang genap masa dan kena dibayar, oleh orang yang memindahkan barang, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Tiada seorang pun boleh memindahkan daripada Skim Penggudangan apa-apa barang yang tertakluk kepada cukai dan duti kecuali— (a) selepas pembayaran cukai bersama dengan duti, jika ada; (b) jika barang itu berada dalam gudang kastam atau gudang berlesen, di bawah apa-apa syarat yang difikirkan oleh Ketua Pengarah patut untuk dikenakan, untuk disimpan dalam gudang kastam atau gudang berlesen yang lain; atau (c) menurut apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Ketua Pengarah patut untuk dikenakan, untuk dieksport semula dari Malaysia, dan apa-apa barang tidak sekali-kali boleh dipindahkan dari suatu gudang. (5) Apa-apa barang yang tidak tertakluk kepada apa-apa duti hendaklah ditafsirkan sebagai berada di bawah kawalan kastam jika barang itu tertakluk kepada Skim Penggudangan dan hendaklah ditafsirkan sebagai dipindahkan daripada kawalan kastam jika barang itu dipindahkan daripada Skim Penggudangan. (6) Sebutan mengenai barang yang tertakluk kepada Skim Penggudangan dalam seksyen ini adalah sebutan mengenai barang yang disimpan dalam suatu gudang atau yang diangkut antara gudang tanpa pembayaran apa-apa cukai atau duti dan suatu sebutan mengenai pemindahan barang dari suatu gudang hendaklah ditafsirkan sewajarnya. (7) Bagi maksud seksyen ini— (a) “gudang kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967; (b) “duti” ertinya duti kastam atau duti eksais atau kedua-duanya; (c) “kedai bebas cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967; (d) “peringkat duti” berhubung dengan apa-apa pembekalan barang, ertinya masa apabila barang itu dipindahkan daripada Skim Penggudangan; (e) “depot pelepasan pedalaman” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967; (f) “gudang berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967; dan (g) “gudang” ertinya— (i) mana-mana gudang kastam; (ii) mana-mana gudang berlesen; (iii) mana-mana kedai bebas cukai; (iv) mana-mana depot pelepasan pedalaman. (8) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next