My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 75

Goods and Services Tax Act 2014 s 75

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 75 Capital markets

(1) A holder of a Capital Markets Services Licence and holders of a Capital Markets Services Representative’s Licence shall be treated as a single entity for the purposes of registration under this Act: Provided that the holder of a Capital Markets Services Licence is a taxable person. (2) The registration of the single entity shall be in the name of the holder of the Capital Markets Services Licence and the holder of the Capital Markets Services Licence shall be the lead member of the single entity. (3) Where the holder of a Capital Markets Services Licence and holder of a Capital Markets Services Representative’s Licence have been registered as a single entity— (a) the holders of the Capital Markets Services Representative’s Licence shall be members of the single entity; (b) any taxable supply of goods or services in carrying on a business of dealing in securities or dealing in derivatives between members and lead member of the single entity shall be disregarded; (c) any business of dealing in securities or dealing in derivatives transacted by a member of the single entity shall be treated as a supply made by the lead member; (d) any supply of goods and services in carrying on a business of dealing in securities or dealing in derivatives made to a member of the single entity shall be treated as a supply made to the lead member; (e) the lead member of the single entity shall maintain separate account for each member of his single entity; (f) the lead member of the single entity shall be liable on any taxable supply made by the single entity in carrying on a business of dealing in securities or dealing in derivatives; (g) any input tax allowable to any member of the single entity in carrying on a business of dealing in securities or dealing in derivatives shall be claimed by the lead member on behalf of the members of the single entity. (4) For the purposes of this section— (a) “Capital Markets Services Licence” has the meaning assigned to it in the Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671]; (b) “Capital Markets Services Representative’s Licence” has the meaning assigned to it in the Capital Markets and Services Act 2007.

Malay text (authoritative)

Pasaran modal

(1) Seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah dikira sebagai suatu entiti tunggal bagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini: Dengan syarat bahawa pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal ialah orang kena cukai. (2) Pendaftaran entiti tunggal itu hendaklah atas nama pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal itu hendaklah menjadi ketua anggota bagi entiti tunggal itu. (3) Jika pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal telah didaftarkan sebagai suatu entiti tunggal— (a) pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah menjadi anggota kepada entiti tunggal itu; (b) apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan dalam menjalankan suatu perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan antara anggota dengan ketua anggota bagi entiti tunggal itu hendaklah tidak diambil kira; (c) apa-apa perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan yang ditransaksikan oleh seorang anggota entiti tunggal itu hendaklah dikira sebagai pembekalan yang dibuat oleh ketua anggota itu; (d) apa-apa pembekalan barang dan perkhidmatan dalam menjalankan suatu perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan yang dibuat kepada anggota entiti tunggal itu hendaklah dikira sebagai pembekalan yang dibuat kepada ketua anggota itu; (e) ketua anggota entiti tunggal itu hendaklah menyenggara akaun yang berasingan bagi setiap anggota entiti tunggalnya; (f) ketua anggota entiti tunggal itu hendaklah bertanggungan ke atas apa-apa pembekalan bercukai yang dibuat oleh entiti tunggal itu dalam menjalankan perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan; (g) apa-apa cukai input yang dibenarkan kepada mana-mana anggota entiti tunggal itu dalam menjalankan perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan hendaklah dituntut oleh ketua anggota itu bagi pihak anggota entiti tunggal itu. (4) Bagi maksud seksyen ini— (a) “Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; (b) “Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next