My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 74

Goods and Services Tax Act 2014 s 74

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 74 Flat Rate Scheme

(1) There shall be a scheme to be known as the “Flat Rate Scheme” which allows any person who is a qualified person and is carrying on a business involving the prescribed activities (hereinafter referred to as the “approved person”) to include a prescribed flat rate addition in the consideration for any taxable supply of goods made by him from the prescribed activities to any registered person in the course or furtherance of his business. (2) An approved person shall not— (a) account for the prescribed flat rate addition; and (b) be entitled to credit for input tax against output tax under section 38. (3) An approved person shall issue an invoice on the taxable supply of goods made by him from the prescribed activities to the registered person in the course or furtherance of his business. (4) A registered person shall be entitled to a credit for input tax against output tax under section 38 on any taxable supply of goods acquired from the approved person from the prescribed activities under the Flat Rate Scheme equal to the prescribed flat rate addition on the supply. (5) An approved person shall not include the prescribed flat rate addition in the consideration for any supply of goods made by him— (a) from any activity other than the prescribed activities; or (b) to any person other than the registered person. (6) An approved person who contravenes subsection (3) or (5) commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both; and (b) to a penalty of the amount of prescribed flat rate addition so shown. (7) Any person other than an approved person who issues an invoice or a receipt showing an amount as being the prescribed flat rate addition or as being attributable to the prescribed flat rate addition commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both; and (b) to a penalty of the amount of prescribed flat rate addition so shown.

Malay text (authoritative)

Skim Kadar Rata

(1) Hendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim Kadar Rata” yang membenarkan mana-mana orang yang layak dan menjalankan perniagaan yang melibatkan aktiviti yang ditetapkan (kemudian daripada ini disebut “orang yang diluluskan”) untuk memasukkan suatu tambahan kadar rata yang ditetapkan dalam balasan bagi apa-apa pembekalan bercukai barang yang dibuat olehnya daripada aktiviti yang ditetapkan kepada mana-mana orang berdaftar dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya. (2) Seorang orang yang diluluskan tidak boleh— (a) mengakaun tambahan kadar rata yang ditetapkan itu; dan (b) berhak kepada kredit cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38. (3) Seorang orang yang diluluskan hendaklah mengeluarkan suatu invois atas pembekalan bercukai barang yang dibuat olehnya daripada aktiviti yang ditetapkan kepada orang berdaftar dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya. (4) Seorang orang yang berdaftar hendaklah berhak kepada kredit cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38 atas apa-apa pembekalan bercukai barang yang diperoleh daripada orang yang diluluskan daripada aktiviti yang ditetapkan di bawah Skim Kadar Rata yang bersamaan dengan tambahan kadar rata yang ditetapkan atas pembekalan itu. (5) Seorang orang yang diluluskan hendaklah tidak memasukkan tambahan kadar rata yang ditetapkan dalam balasan bagi apa-apa pembekalan barang yang dibuat olehnya— (a) daripada apa-apa aktiviti selain aktiviti yang ditetapkan; atau (b) kepada mana-mana orang selain orang berdaftar. (6) S e o r a n g o r a n g y a n g d i l u l u s k a n y a n g m e l a n g g a r subseksyen (3) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan (b) dikenakan suatu penalti daripada amaun tambahan kadar rata ditetapkan yang ditunjukkan sedemikian. (7) Mana-mana orang selain orang yang diluluskan mengeluarkan invois atau resit menunjukkan amaun sebagai tambahan kadar rata yang ditetapkan atau sebagai yang boleh dihubungkaitkan dengan tambahan kadar rata yang ditetapkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan (b) dikenakan suatu penalti daripada amaun tambahan kadar rata ditetapkan yang ditunjukkan sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next