My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 81

Goods and Services Tax Act 2014 s 81

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 81 Access to place or premises

(1) Any senior officer of goods and services tax shall for the purposes of this Act at all times have full and free access to any place or premise where any person carries on his business. (2) Where any senior officer of goods and services tax exercises his powers under subsection (1), the person who carries on his business or any other person present at the place or premises at that time of entry shall provide to him all reasonable facilities and assistance for the exercise of his duties under this section. (3) Where any senior officer of goods and services tax enters upon any place or premises in accordance with this section, he may— (a) require the taxable person or any other person to produce any goods, document or thing which relates to the person’s business and, if he is a taxable person, any record which is required to be kept under section 36; (b) examine any goods, document or thing; (c) seize and detain any goods, document or thing if in his opinion it may afford evidence of the commission of any offence under this Act; (d) require the person to answer any question relating to any goods, document or thing; (e) require any container, envelope or other receptacle in the place or premises to be opened; (f) at the risk and expense of the owner of the business, open and examine any package, or any goods or material in the place or premises; or (g) take samples of any goods or material and make copies or extracts of any document, if he deems necessary. (4) Where any senior officer of goods and services tax is unable to obtain full and free access to the place or premises under subsection (1) or to any receptacle contained therein, he may, at any time, enter the place or premises and open the receptacle by force, if necessary. (5) Any person who refuses to permit any senior officer of goods and services tax to enter upon any place or premises in accordance with this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding seven years or to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Akses ke tempat atau premis

(1) Mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan hendaklah bagi maksud Akta ini pada setiap masa mempunyai akses sepenuhnya dan secara bebas ke mana-mana tempat atau premis di mana mana-mana orang menjalankan perniagaannya. (2) Jika mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), orang yang menjalankan perniagaannya atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau premis pada masa kemasukan itu hendaklah menyediakan kepadanya segala kemudahan dan bantuan yang munasabah dan bantuan bagi dia menjalankan kewajipannya di bawah seksyen ini. (3) Jika mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut peruntukan seksyen ini, dia boleh— (a) menghendaki orang kena cukai atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen atau benda yang berhubung dengan perniagaan orang itu dan, jika dia ialah seorang orang kena cukai, apa-apa rekod yang dikehendaki untuk disimpan di bawah seksyen 36; (b) memeriksa apa-apa barang, dokumen atau benda; (c) menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen atau benda jika pada pendapatnya ia boleh memberi keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; (d) menghendaki orang itu untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan apa-apa barang, dokumen atau benda; (e) menghendaki apa-apa bekas, sampul atau bekas muatan yang lain di dalam tempat atau premis itu untuk dibuka; (f) atas risiko dan perbelanjaan pemunya perniagaan itu, membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan, atau apa-apa barang atau bahan di dalam tempat atau premis itu; atau (g) mengambil sampel mana-mana barang atau bahan dan membuat salinan atau cabutan apa-apa dokumen, jika difikirkannya perlu. (4) Jika mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan tidak dapat memperoleh akses sepenuhnya dan secara bebas ke tempat atau premis di bawah subseksyen (1) atau ke mana-mana bekas muatan yang berada di dalam tempat atau premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki tempat atau premis itu dan membuka tempat muatan itu dengan menggunakan kekerasan, jika perlu. (5) Mana-mana orang yang enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan untuk memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next