This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 82 Magistrate may issue search warrant
(1) Whenever it appears to any Magistrate, upon written information upon oath and after any inquiry which he may think necessary, that there is reasonable cause to believe that in any place, premises or conveyance, there are concealed or deposited any goods, document or thing which may afford evidence of the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing any officer of goods and services tax named therein, at any time and with or without assistance—
(a) to enter the place, premises or conveyance and to search for and seize the goods, document or thing;
(b) to arrest any person being in the place, premises or conveyance in whose possession the goods, document or thing are found or who may reasonably be suspected as having concealed or deposited such goods, document or thing.
(2) The officer of goods and services tax authorized under subsection (1) may, if it is necessary so to do—
(a) break open any outer or inner door of the place, premises or conveyance and enter every part thereof, if necessary forcibly;
(b) remove by force any obstruction to the entry to search or to seize as he is empowered to effect; and
(c) detain every person found in the place, premises or conveyance until the search has been completed.
Malay text (authoritative)
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah
(1) Apabila ternyata pada mana-mana Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut, terdapat apa-apa barang, dokumen atau benda yang disembunyikan atau disimpan yang boleh memberikan keterangan berhubung dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa dan dengan atau tanpa bantuan—
(a) untuk memasuki tempat, premis atau pengangkut itu dan untuk menggeledah dan menyita barang, dokumen atau benda;
(b) untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat, premis atau pengangkut itu yang dalam milikannya barang, dokumen atau benda itu ditemui atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan barang, dokumen, atau benda itu.
(2) Pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat, premis atau pengangkut itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan;
(b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan
(c) menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam tempat, premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).