This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 83 Search may be made without warrant
Whenever it appears to the senior officer of goods and services tax that there is reasonable cause to believe that in any place, premises or conveyance there are concealed or deposited any goods, document or thing which may afford evidence of the
commission of any offence under this Act and if he has reasonable grounds for believing that by reason of the delay in obtaining a search warrant the goods, document or thing are likely to be removed, he may exercise in, upon and in respect of the place, premises or conveyance, all the powers under section 81 in the same manner as if he was empowered so to do by a warrant issued under that section.
Malay text (authoritative)
Menggeledah boleh dilakukan tanpa waran
Apabila ternyata pada pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut ada tersembunyi atau disimpan apa-apa barang, dokumen, atau benda yang boleh memberikan keterangan berhubung dengan pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah barang, dokumen atau benda itu mungkin akan dialihkan, dia boleh menjalankan dalam, ke atas dan berkenaan dengan tempat, premis atau pengangkut itu, semua kuasa di bawah seksyen 81 mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).