My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 84

Goods and Services Tax Act 2014 s 84

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 84 Power to stop and search conveyance

(1) The officer of goods and services tax may stop and examine any conveyance for the purposes of ascertaining whether any goods in respect of which he has reason to believe that an offence under this Act has been committed are contained therein and the person in control or in charge of the conveyance shall, if required so to do by the officer of goods and services tax— (a) stop the conveyance and allow the officer of goods and services tax to examine it; (b) move the conveyance to another place for examination; and (c) not proceed until permission to do so has been given by the officer of goods and services tax. (2) The person in control or in charge of the conveyance examined under this section shall, on the request of the officer of goods and services tax, open all parts of the conveyance for examination by the officer of goods and services tax and take all measures necessary to enable the examination as the officer of goods and services tax considers necessary to be made.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk menahan dan menggeledah pengangkut

(1) Pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh menahan dan memeriksa mana-mana pengangkut bagi maksud menentukan sama ada apa-apa barang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan terkandung di dalamnya dan orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu— (a) memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai cukai barang dan perkhidmatan untuk memeriksanya; (b) memindahkan pengangkut itu ke tempat lain untuk pemeriksaan; dan (c) tidak meneruskan sehingga kebenaran untuk berbuat demikian diberikan oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu. (2) Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut yang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah, atas permintaan pegawai cukai barang dan perkhidmatan, membuka semua bahagian pengangkut itu untuk pemeriksaan oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu dan mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkan pemeriksaan sebagaimana yang difikirkan perlu untuk dibuat oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next