My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 85

Goods and Services Tax Act 2014 s 85

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 85 Seizure of goods, etc., the subject of an offence

(1) All goods, document or thing in respect of which the officer of goods and services tax has reasonable cause to suspect that there has been committed any offence under this Act or any violation of any of the provisions of this Act and any receptacle, package or conveyance (if the conveyance is a vessel, the vessel is not exceeding two hundred tonnes net of its registered tonnage or if the conveyance is an aircraft, the aircraft is other than an aircraft engaged in international carriage) in which the goods, document or thing may have been found or which has been used in connection with the offence or violation, and any other goods, document or thing which may reasonably be believed to have a bearing on the case, may be seized by the officer of goods and services tax in any place either on land or in the territorial waters. (2) Whenever any goods, document, thing, receptacle, package or conveyance are seized under this Act, the officer of goods and services tax shall forthwith give notice in writing of the seizure and the grounds thereof to the owner of the goods, document, receptacle, package or conveyance, if known, either by delivering the notice to him personally or by post at his place of abode, if known. (3) This section is relating to the seizure of— (a) any goods, document or thing shall apply to all the contents of any receptacle, package or conveyance in which the same are found and to any article used to conceal the same; and (b) any conveyance shall apply to the tackle, equipment and furnishings of the conveyance and if the conveyance is an animal vehicle, to any animal by which the same is drawn. (4) Any goods of a perishable nature or any animal seized under this section may forthwith be sold and the proceeds of the sale held to abide the result of any prosecution or claim.

Malay text (authoritative)

Penyitaan barang, dsb., yang menjadi subjek kesalahan

(1) Semua barang, dokumen atau benda yang berkenaan dengannya pegawai cukai barang dan perkhidmatan mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut (jika pengangkut itu ialah suatu vesel, vesel itu hendaklah tidak melebihi dua ratus tan bersih muatan tanan berdaftarnya atau jika pengangkut itu ialah suatu pesawat, pesawat itu hendaklah bukan pesawat yang terlibat dengan pengangkutan antarabangsa) yang dalamnya barang, dokumen atau benda itu dijumpai atau telah digunakan berkaitan dengan kesalahan atau pelanggaran itu, dan apa-apa barang, dokumen, atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah sebagai mempunyai kaitan dengan kes itu, boleh disita oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan di dalam mana-mana tempat sama ada di darat atau dalam perairan wilayah. (2) Apabila mana-mana barang, dokumen, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut disita di bawah Akta ini, pegawai cukai barang dan perkhidmatan hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan mengenainya kepada pemunya barang, dokumen, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahkan notis itu kepadanya secara kediri atau melalui pos ke tempat kediamannya, jika diketahui. (3) Seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan— (a) apa-apa barang, dokumen atau benda hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dalamnya barang, dokumen atau benda itu dijumpai dan bagi apa-apa barang yang digunakan untuk menyembunyikan barang, dokumen atau benda itu; dan (b) apa-apa pengangkut hendaklah terpakai bagi takal, kelengkapan dan peralatan pengangkut itu dan jika pengangkut itu ialah suatu kenderaan binatang, bagi mana-mana binatang yang menarik pengangkut itu. (4) Apa-apa barang daripada jenis yang cepat rosak atau mana-mana binatang yang disita di bawah seksyen ini boleh dengan serta-merta dijual dan hasil jualan itu hendaklah dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next