My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 86

Goods and Services Tax Act 2014 s 86

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 86 Return or disposal of movable goods

(1) For the purpose of investigation, where any movable goods has been seized under this Part, a senior officer of goods and services tax may, at his discretion— (a) temporarily return the movable goods to the owner thereof or to the person from whose possession, custody or control it was seized, or to any person as the senior officer of goods and services tax may consider entitled thereto, subject to such terms and conditions as the senior officer of goods and services tax may impose, and, subject in any case, to sufficient security being furnished to the satisfaction of the senior officer of goods and services tax that the movable goods shall be surrendered to the senior officer of goods and services tax on demand being made by the senior officer of goods and services tax and that the said terms and conditions, if any, shall be complied with; (b) return the movable goods to the owner thereof or to the person from whose possession, custody or control it was seized, or to such person as the senior officer of goods and services tax may consider entitled thereto, with liberty for the person to whom the movable goods is so returned to dispose of the same, the return being subject to security being furnished to the satisfaction of the senior officer of goods and services tax in an amount not less than an amount which, in the opinion of the senior officer of goods and services tax, represents— (i) the value of the movable goods, on the date on which the goods are so returned; and (ii) the tax due and payable in respect thereof, for the payment of the amount secured to the Director General in the event of the court making an order for the forfeiture under section 117; or (c) sell or destroy the movable goods, as appropriate in the circumstances, where it is a living creature or where, in the opinion of the senior officer of goods and services tax, it is of a perishable or dangerous nature or likely to speedily deteriorate in quality or value, and where it is sold, he shall hold the proceeds of sale to abide the result of any prosecution or claim. (2) Whenever any movable goods are returned or disposed under subsection (1), a document purporting to be a certificate in accordance with subsection 112(1) shall be issued by the senior officer of goods and services tax. (3) Any person who— (a) fails to surrender on demand to a senior officer of goods and services tax the movable goods temporarily returned to him under paragraph (1)(a); or (b) fails to comply with or contravenes any of the terms or conditions imposed under paragraph (1)(a), commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (4) The criminal liability of any person under subsection (3) shall be in addition to any other liability that the said person or any other person may incur under the terms and conditions relating to the return of the movable goods under paragraph (1)(a). (5) The provisions of subsection (3) shall not apply to the person, if any, who is the guarantor or surety of the person to whom the goods is returned under paragraph (1)(a). (6) The Minister may, either generally or in any particular case or class of cases, give such directions to the Director General as he may deem necessary or expedient with regard to the exercise of the powers conferred on the senior officer of goods and services tax under subsection (1). (7) No person shall be entitled to maintain any action on account of any act done or any decision taken by or on behalf of the Minister or by or on behalf of a senior officer of goods and services tax under this section, and no court shall have any jurisdiction to entertain any such action. (8) For the purposes of this section, “movable goods” includes any description of movable goods whatsoever seized under this Act.

Malay text (authoritative)

Pemulangan atau pelupusan barang boleh alih

(1) Bagi maksud penyiasatan, jika mana-mana barang boleh alih telah disita di bawah Bahagian ini, pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan boleh, mengikut budi bicaranya— (a) memulangkan barang boleh alih itu secara sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada pemilikan, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan itu sebagai berhak ke atas barang boleh alih itu, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan, dan, tertakluk dalam apa-apa keadaan, kepada pengemukaan jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan bahawa barang boleh alih itu akan diserahkan kepada pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan atas permintaan yang dibuat oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan dan apa-apa terma dan syarat tersebut, jika ada, hendaklah dipatuhi; (b) memulangkan barang boleh alih itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripadanya pemilikan, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada orang yang difikirkan oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan itu sebagai berhak ke atas barang boleh alih itu, dengan kebebasan bagi orang itu yang kepadanya barang boleh alih itu dipulangkan untuk melupuskannya, pemulangan itu tertakluk kepada pengemukaan jaminan yang memuaskan hati pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan itu dalam suatu amaun yang tidak kurang daripada suatu amaun yang, pada pendapat pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan itu, menunjukkan— (i) nilai barang boleh alih, pada tarikh barang itu dipulangkan; dan (ii) cukai genap masa dan kena dibayar berkenaan dengannya, bagi pembayaran amaun yang dijamin kepada Ketua Pengarah dalam keadaan sekiranya mahkamah membuat suatu perintah pelucuthakkan di bawah seksyen 117; atau (c) menjual atau memusnahkan barang boleh alih itu, mengikut kesesuaian hal keadaan, jika ia suatu benda hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan, ia merupakan jenis yang cepat rosak atau merbahaya atau mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan jika ia dijual, dia hendaklah memegang hasil jualan itu untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan. (2) Bila-bila masa apa-apa barang boleh alih dipulangkan atau dilupuskan di bawah subseksyen (1), suatu dokumen yang berupa suatu perakuan mengikut subseksyen 112(1) hendaklah dikeluarkan oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan. (3) Mana-mana orang yang— (a) tidak menyerahkan atas permintaan kepada pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan barang boleh alih yang dipulangkan secara sementara kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau (b) tidak mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (4) Tanggungan jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (3) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa tanggungan lain yang orang tersebut atau mana-mana orang lain boleh menanggung di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pemulangan barang boleh alih di bawah perenggan (1)(a). (5) Peruntukan subseksyen (3) tidak terpakai bagi orang, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin orang yang kepadanya barang itu dipulangkan di bawah perenggan (1)(a). (6) Menteri boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana keadaan tertentu atau kelas keadaan, memberikan apa-apa arahan kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat berkenaan dengan penjalanan kuasa yang diberikan kepada pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan di bawah subseksyen (1). (7) Tiada seorang pun berhak untuk mengambil apa-apa tindakan atas sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan yang diambil oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan di bawah seksyen ini, dan tiada mahkamah mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk mendengar mana-mana tindakan sedemikian. (8) Bagi maksud seksyen ini, “barang boleh alih” termasuklah apa-apa jua perihalan barang boleh alih yang disita di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next