My bookmarksSign up free
← Goods and Services Tax Act 2014

Goods and Services Tax Act 2014 s 87

Goods and Services Tax Act 2014 s 87

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 87 Power of arrest

(1) Any officer of goods and services tax may arrest without warrant— (a) any person found committing or attempting to commit, or employing or aiding any person to commit or abetting the commission of, an offence under this Act; (b) any person whom he may reasonably suspect to have in his possession any goods, document or thing liable to seizure under this Part; (c) any person whom he may reasonably suspect to have committed an offence under this Act, and the officer of goods and services tax may search or cause to be searched any person so arrested: Provided that— (A) any person so arrested who requests that his person be searched in the presence of a senior officer of goods and services tax shall not be searched except in the presence of and under the supervision of the officer, but the person may be detained until the arrival of the officer, or taken to any office or police station where the officer may be found; (b) the goods and baggage of any person who requests to be present when they are searched and so presents himself within a reasonable time shall not be searched except in his presence; (c) no person shall be searched except by another person of the same gender, and such search shall be conducted with strict regard to decency. (2) Any officer of goods and services tax making an arrest under subsection (1) shall, without unnecessary delay, bring the person arrested to the nearest police station, and thereafter the person shall be dealt with in accordance with the law relating to criminal procedure for the time being in force. (3) If any person liable to arrest under this Act is not arrested at the time of committing the offence for which he is so liable, or after the arrest makes his escape, he may at any time thereafter be arrested and dealt with as if he had been arrested at the time of committing the offence. (4) A senior officer of goods and services tax may cause to be taken photographs, finger, thumb impressions and any other form of identification that may be required under any other written law of any person charged with an offence against this Act. (5) Every person so arrested may be released from custody— (a) on his depositing such reasonable sum of money as the senior officer of goods and services tax may require; (b) on his executing a bond, with such surety or sureties, as the senior officer of goods and services tax may require; or (c) on his depositing such reasonable sum of money as the senior officer of goods and services tax may require and his executing a bond, with such surety or sureties, as the senior officer of goods and services tax may require. (6) Any person who has been released from custody under subsection (5) may be arrested without warrant by any officer of goods and services tax— (a) if the officer has reasonable grounds for believing that any condition on or subject to which the person was released or otherwise admitted to bail has been or is likely to be breached; or (b) on being notified in writing by the surety of the person that the person is likely to breach any condition on or subject to which the person was released and that the surety wishes to be relieved of his obligation as surety.

Malay text (authoritative)

Kuasa menangkap

(1) Mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh menangkap tanpa waran— (a) mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan, atau mengambil khidmat atau menolong mana-mana orang untuk melakukan atau bersubahat dalam pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini; (b) mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah ada dalam milikannya apa-apa barang, dokumen atau benda yang boleh disita di bawah Bahagian ini; (c) mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu boleh memeriksa atau menyebabkan untuk diperiksa mana-mana orang yang ditangkap sedemikian: Dengan syarat bahawa— (a) mana-mana orang yang ditangkap sedemikian yang meminta supaya dirinya diperiksa dalam kehadiran seorang pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan tidak boleh diperiksa kecuali dalam kehadiran dan di bawah penyeliaan pegawai itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai itu, atau dibawa ke mana-mana pejabat atau balai polis di mana pegawai itu boleh ditemui; (b) barang dan bagasi mana-mana orang yang meminta dirinya hadir semasa barang dan bagasi itu diperiksa dan dia menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; (c) tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan mengambil kira dengan tegas akan kesopanan. (2) Mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa. (3) Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan itu yang dia bertanggungan baginya, atau selepas dia ditangkap dia melepaskan dirinya, dia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan diperlakukan seolah-olah dia telah ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan itu. (4) Pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan boleh menyebabkan diambil fotograf, kesan jari, ibu jari dan apa-apa bentuk pengenalan lain yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap Akta ini. (5) Tiap-tiap orang yang ditangkap boleh dilepaskan daripada jagaan— (a) apabila dia mendepositkan sejumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan; (b) apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan; atau (c) apabila dia mendepositkan sejumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan. (6) Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (5) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan— (a) jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau tertakluk kepadanya orang itu dilepaskan atau selainnya dibenarkan untuk dijamin telah atau berkemungkinan akan dimungkiri; atau (b) apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu berkemungkinan akan memungkiri mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu berhasrat untuk dilepaskan daripada tanggungjawabnya sebagai penjamin.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 762 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next