My bookmarksSign up free
← Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014

Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014 s 4

Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014 s 4

s 4 Common seal

(1) The common seal of the Yayasan shall bear a device as approved by the Yayasan and the seal may from time to time be broken, changed, altered and made anew as the Yayasan thinks fit. (2) Until a seal is provided by the Yayasan, a stamp bearing the words “Yayasan Guru Tun Hussein Onn” may be used and shall be deemed to be its common seal. (3) The common seal of the Yayasan shall be kept in the custody of the Chairman of the Board or any other person authorized by the Yayasan, and shall be authenticated by either the Chairman of the Board or by such other person authorized by the Chairman of the Board in writing. (4) All deeds, documents and of the Yayasan other instruments purporting to be sealed with the common seal of the Yayasan and authenticated in accordance with subsection (3) shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed. (5) Any deed, document and other instrument which, if executed by a person not being a body corporate, is not required to be under seal may in like manner be executed by a member of the Board or by any officer of the Yayasan authorized in that behalf. (6) The common seal of the Yayasan shall be officially and judicially noticed. (7) Every document to which the common seal of the Yayasan is affixed shall be signed by two members of the Board appointed by the Chairman of the Board in that behalf.

Malay text (authoritative)

Meterai perbadanan

(1) Meterai perbadanan Yayasan hendaklah mempunyai suatu tanda yang diluluskan oleh Yayasan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang Yayasan fikirkan patut. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Yayasan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Yayasan Guru Tun Hussein Onn” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Yayasan. (3) Meterai perbadanan Yayasan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi Lembaga atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Yayasan, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi Lembaga atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi Lembaga secara bertulis. (4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Yayasan itu dan disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah. (5) Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Lembaga atau oleh mana-mana pegawai Yayasan yang diberi kuasa oleh Yayasan bagi maksud itu. (6) Meterai perbadanan Yayasan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. (7) Tiap-tiap dokumen yang padanya meterai perbadanan Yayasan dicapkan hendaklah ditandatangani oleh dua anggota Lembaga yang dilantik oleh Pengerusi Lembaga bagi maksud itu.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 763 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next