(1) Subject to section 103, a court-martial shall consist of the president and not less than two other officers.
(2) An officer who convenes a court-martial under the last foregoing section may appoint as members of the court-martial officers of the Army, the Navy or the Air Force, or any officers of any foreign force who are attached, seconded or on loan to the regular forces:
Provided that the officers forming the court shall belong to the same Service as the accused except where in the opinion of the convening officer the necessary number of officers of the same Service having the requisite qualifications at the place where the court-martial is convened is not, with due regard to the public service, available in which case the convening officer may, with the consent of the proper authority of another Service, appoint officers of another Service having the requisite qualifications as president or members of the court-martial, and the convening order for the court-martial shall contain a statement of such opinion of the convening officer and that statement shall be conclusive.
(3) An officer shall not be appointed to be a member of a courtmartial unless he is subject to service law under this Act and has been an officer in any of the armed forces for a period of not less than two years or for periods amounting in the aggregate to not less than two years or in respect of officers of a foreign force who are attached, seconded or on loan to the regular forces who have completed not less than a similar period of service in their own force.
(4) Where the court-martial consists of five officers or more the president shall be an officers of or above the rank of lieutenant-colonel or its equivalent and shall be appointed by order of the officer convening the court-martial.
(5) Where the court-martial consists of less than five officers the president shall be appointed by order of the officer convening the courtmartial and shall not be under the rank of major or its equivalent unless, in the opinion of the convening officer, a major or its equivalent is not, with due regard to the public service, available; and in any event the president of a court-martial shall not be under the rank of captain or its equivalent.
(6) Notwithstanding subsection (4) where the accused is of or above the rank of brigadier-general or its equivalent, the president of a court-martial shall be of or above the rank of the accused and the other members shall be of or above the rank of colonel or its equivalent.
(7) Notwithstanding subsection (4) where the accused is of the rank of colonel or its equivalent, the president shall be of or above the rank of the accused, and the other members shall be of or above the rank of lieutenant-colonel or its equivalent.
(8) Where the accused is a lieutenant-colonel or its equivalent, at least two members of a court-martial, other than the president, shall be of or above the rank of the accused.
(9) The members of a court-martial, other than the president, shall be appointed by order of the convening officer or in such other manner as may be prescribed.
Malay text (authoritative)
Keanggotaan mahkamah tentera
(1) Tertakluk pada seksyen 103, sesuatu mahkamah tentera hendaklah terdiri daripada yang dipertua dan tidak kurang daripada dua orang pegawai lain.
(2) Seseorang pegawai yang memanggil mahkamah tentera bersidang di bawah seksyen terdahulu yang akhir disebut boleh melantik sebagai anggota mahkamah tentera itu pegawai daripada Tentera Darat, Tentera Laut atau Tentera Udara, atau mana-mana pegawai daripada mana-mana angkatan asing yang ditugaskan atau dipinjamkan kepada angkatan tetap:
Dengan syarat bahawa pegawai yang menjadi anggota mahkamah itu hendaklah daripada Perkhidmatan yang sama dengan tertuduh kecuali jika pegawai sidang itu berpendapat bahawa bilangan pegawai yang diperlukan daripada perkhidmatan yang sama yang mempunyai kelayakan yang dikehendaki di tempat mahkamah tentera itu bersidang, dengan perhatian yang sewajarnya terhadap perkhidmatan
awam, tidak boleh didapati dan dalam keadaan sedemikian pegawai sidang itu boleh, dengan keizinan pihak berkuasa yang sepatutnya bagi sesuatu Perkhidmatan lain, melantik pegawai daripada Perkhidmatan lain yang mempunyai kelayakan yang dikehendaki itu sebagai yang dipertua atau anggota mahkamah tentera itu; dan perintah sidang bagi mahkamah tentera itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan mengenai pendapat pegawai sidang dan pernyataan itu adalah muktamad.
(3) Seseorang pegawai tidak boleh dilantik sebagai anggota sesuatu mahkamah tentera melainkan jika dia tertakluk pada undangundang perkhidmatan di bawah Akta ini dan telah menjadi seorang pegawai dalam mana-mana angkatan tentera bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun atau bagi tempoh yang agregatnya berjumlah tidak kurang daripada dua tahun atau berkenaan dengan pegawai daripada angkatan asing yang ditugaskan atau dipinjamkan kepada angkatan tetap, telah berkhidmat selama tidak kurang daripada tempoh perkhidmatan yang sama dalam angkatan mereka sendiri.
(4) Jika mahkamah tentera itu terdiri daripada lima orang pegawai atau lebih, yang dipertuanya hendaklah seorang pegawai yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya dan hendaklah dilantik dengan perintah pegawai yang memanggil mahkamah tentera itu bersidang.
(5) Jika mahkamah tentera itu terdiri daripada kurang daripada lima orang pegawai, yang dipertuanya hendaklah dilantik dengan perintah pegawai yang memanggil mahkamah tentera itu bersidang dan tidak boleh berpangkat rendah daripada mejar atau yang setaraf dengannya melainkan jika pegawai sidang itu berpendapat bahawa mejar atau yang setaraf dengannya, dengan perhatian yang sewajarnya terhadap perkhidmatan awam, tidak boleh didapati; dan walau bagaimanapun yang dipertua mahkamah tentera itu tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada kapten atau yang setaraf dengannya.
(6) Walau apa pun peruntukan subseksyen (4) jika tertuduh itu berpangkat brigedier jeneral atau yang setaraf dengannya atau berpangkat lebih tinggi daripada brigedier jeneral atau yang setaraf dengannya, yang dipertua mahkamah tentera itu hendaklah berpangkat
sama seperti atau lebih tinggi daripada tertuduh dan anggota yang lain hendaklah berpangkat kolonel atau yang setaraf dengannya atau berpangkat lebih tinggi daripada kolonel atau yang setaraf dengannya.
(7) Walau apa pun peruntukan subseksyen (4) jika tertuduh berpangkat kolonel atau yang setaraf dengannya, yang dipertua hendaklah berpangkat sama seperti atau lebih tinggi daripada tertuduh, dan anggota yang lain hendaklah berpangkat leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya atau berpangkat lebih tinggi daripada leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya.
(8) Jika tertuduh berpangkat leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya, sekurang-kurangnya dua orang anggota mahkamah tentera itu, selain yang dipertuanya, hendaklah berpangkat sama seperti atau lebih tinggi daripada tertuduh itu.
(9) Anggota mahkamah tentera, selain yang dipertuanya, hendaklah dilantik dengan perintah pegawai sidang atau mengikut apaapa cara lain sebagaimana yang boleh ditetapkan.
Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).