My bookmarksSign up free
← Armed Forces Act 1972

Armed Forces Act 1972 s 109

Armed Forces Act 1972 s 109

s 109 Administration of oaths

(1) An oath shall be administered to every member of a court-martial and to any person in attendance on a court-martial as judge advocate, officer under instruction, shorthand writer or interpreter. (2) Every witness before a court-martial shall be examined on oath: Provided that where any child of tender years called as a witness does not, in the opinion of the court, understand the nature of an oath, his evidence may be received, though not given on oath, if in the opinion of the court he is possessed of sufficient intelligence to justify the reception of the evidence and understands the duty of speaking the truth, so however that, where the evidence is given on behalf of the prosecution, the accused shall not be liable to be convicted upon such evidence alone unless it is corroborated by some other material evidence in support thereof implicating the accused. (3) An oath required to be administered under this section shall be in the prescribed form and shall be administered at the prescribed time by the prescribed person and in the prescribed manner: Provided that, if any witness offers to give evidence on oath in any form common amongst or held binding by persons of the race or persuasion to which he belongs and not repugnant to justice or decency and not purporting to affect any third person, the court may, if it thinks fit, notwithstanding anything hereinbefore contained, cause such oath to be tendered to him.

Malay text (authoritative)

Pentadbiran sumpah

(1) Sesuatu sumpah hendaklah ditadbirkan bagi tiap-tiap anggota mahkamah tentera dan bagi mana-mana orang yang hadir dalam mahkamah tentera sebagai hakim peguam, pegawai di bawah arahan, jurutrengkas atau jurubahasa. (2) Tiap-tiap saksi di hadapan mahkamah tentera hendaklah diperiksa dengan mengangkat sumpah: Dengan syarat bahawa jika mana-mana kanak-kanak yang masih muda umurnya yang dipanggil sebagai saksi, pada pendapat mahkamah itu, tidak faham maksud sesuatu sumpah, keterangannya boleh diterima, walaupun tidak diberikan dengan mengangkat sumpah, jika mahkamah berpendapat bahawa kanak-kanak itu mempunyai kecerdasan yang mencukupi untuk membolehkan keterangan itu diterima dan faham kewajipannya untuk bercakap benar, walau bagaimanapun jika keterangan itu diberikan bagi pihak pendakwa, tertuduh itu tidak boleh disabitkan semata-mata atas keterangan itu melainkan jika keterangan itu disokong oleh keterangan lain yang material yang menyokongnya supaya melibatkan tertuduh itu. (3) Sesuatu sumpah yang dikehendaki ditadbirkan di bawah seksyen ini hendaklah mengikut bentuk yang ditetapkan dan hendaklah ditadbirkan pada masa yang ditetapkan oleh orang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan: Dengan syarat bahawa, jika mana-mana saksi menawarkan untuk memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah mengikut apa-apa bentuk yang lazim di kalangan atau yang dipegang teguh oleh orang yang sebangsa atau seagama dengannya dan bersesuaian dengan keadilan atau kesopanan dan tidak menyentuh mana-mana pihak ketiga, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya sumpah sedemikian diberikan kepadanya walau apa pun apaapa jua yang terkandung dalam peruntukan terdahulu yang disebut.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 77 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 July 2022 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next