My bookmarksSign up free
← Malaysian Aviation Commission Act 2015

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 65

Malaysian Aviation Commission Act 2015 s 65

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 65 Power to issue guidelines

(1) The Commission may issue and publish such guidelines as may be expedient or necessary for the better carrying out of the provisions of this Part. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the Commission may issue guidelines on— (a) the economic and legal analysis to be used in determining cases under this Part; (b) the principles to be used in determining any penalty or remedy imposed under this Part; (c) the types of anticipated mergers that are applicable for consideration by the Commission under section 55; and (d) the procedures to be followed by any party making an application under section 55 or 56. (3) The Commission may revoke, vary, revise or amend the whole or any part of any guidelines issued under this section. (4) The Commission may impose a financial penalty for any noncompliance of any guidelines issued under this section― (a) where such person is an individual, to an amount not exceeding one million ringgit; or (b) where such person is a body corporate, to an amount not exceeding five per cent of the body corporate’s annual turnover from the preceding financial year. (5) For the purpose of this section― “financial year” means the period in respect of which any financial statement is made up whether that period is a year or not; “annual turnover” means the aggregate of all sums received in the course of the business during financial year, as stated or otherwise shown in the accounts of the business, including grants from any Federal Government or State Government.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan

(1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan dan menyiarkan apa-apa garis panduan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini dengan lebih baik. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan garis panduan mengenai— (a) analisis ekonomi dan perundangan yang akan digunakan untuk menentukan kes di bawah Bahagian ini; (b) prinsip yang akan digunakan untuk menentukan apa-apa penalti atau remedi yang dikenakan di bawah Bahagian ini; (c) jenis percantuman yang dijangkakan yang boleh dipertimbangkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 55; dan (d) tatacara yang hendak diikuti oleh mana-mana pihak yang membuat permohonan di bawah seksyen 55 atau 56. (3) Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian manamana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini. (4) Suruhanjaya boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini― (a) jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit; atau (b) jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima peratus daripada pusing ganti tahunan pertubuhan perbadanan itu dari tahun kewangan yang sebelumnya. (5) Bagi maksud seksyen ini― “tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak; “pusing ganti tahunan” ertinya agregat semua jumlah wang yang diterima semasa menjalankan perniagaan sepanjang tahun kewangan, sebagaimana yang dinyatakan atau selainnya ditunjukkan dalam akaun perniagaan, termasuk pemberian daripada mana-mana Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Read this section in the full act → · Open Division 6 →

Find Act 771 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next