My bookmarksSign up free
← Allied Health Professions Act 2016

Allied Health Professions Act 2016 s 32

Allied Health Professions Act 2016 s 32

s 32 Advertisement

(1) A registered practitioner or any person engaging or employing the registered practitioner shall not— (a) make any false claim in any advertisement, journal, article, pamphlet, website or media commercial in respect of the allied health services or any matter relating to health; (b) make any false or misleading representation in respect of the allied health services so as to induce, influence or cause any person to enter into a contract for the purchase of such services; (c) in carrying out the allied health practice, contravene any written law regulating advertisements for medical and health matters or purposes; or (d) in carrying out the allied health practice, act contrary to any guidelines or directives on advertisement issued by the Council. (2) For the purposes of this section, “misleading representation” means any action which is likely to mislead the public— (a) as to the nature, characteristics, suitability for the purpose, or quantity, of the service being provided; or (b) as to the provided services of a particular kind, standard, quality, or quantity. (3) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both, and in the case of a continuing offence, shall be liable to a further fine not exceeding five hundred ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Pengiklanan

(1) Seorang pengamal berdaftar atau mana-mana orang yang mengambil bekerja atau menggaji pengamal berdaftar tidak boleh— (a) membuat apa-apa pernyataan palsu dalam apa-apa iklan, jurnal, artikel, risalah, laman web atau media komersial berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan bersekutu atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan kesihatan; (b) membuat apa-apa pernyataan palsu atau yang mengelirukan berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan bersekutu dengan tujuan untuk mendorong, mempengaruhi atau menyebabkan mana-mana orang membuat kontrak bagi membeli perkhidmatan itu; (c) dalam menjalankan amalan kesihatan bersekutu, melanggar mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia pengiklanan bagi perkara atau maksud perubatan dan kesihatan; atau (d) dalam menjalankan amalan kesihatan bersekutu, bertindak bertentangan dengan apa-apa garis panduan atau arahan mengenai pengiklanan yang dikeluarkan oleh Majlis. (2) Bagi maksud seksyen ini, “pernyataan mengelirukan” ertinya apa-apa perbuatan yang berkemungkinan mengelirukan orang ramai— (a) tentang sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi tujuan, atau kuantiti, perkhidmatan yang diberikan; atau (b) mengenai perkhidmatan yang diberikan daripada jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 774 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next