Allied Health Professions Act 2016 s 33
s 33 Restrictions on unregistered practitioner
(1) A person who is not registered under this Act—
(a) shall not practise or carry on or operate, or hold himself out as practising or carrying on or operating, or take up employment, as a registered practitioner;
(b) shall not use the title “registered” to the respective Allied Health Professions or any title in any language which may be reasonably construed to imply that he is a registered practitioner;
(c) where such person is not registered as an expert under section 21, shall not hold himself out as an expert;
(d) shall not use or display any sign, card or other device representing or implying that he is a registered practitioner; or
(e) shall not be entitled to recover in any court, any fee, charge or remuneration for any professional advice or services rendered as a registered practitioner.
(2) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
Malay text (authoritative)
Sekatan ke atas pengamal tidak berdaftar
(1) Seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini—
(a) tidak boleh mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai seorang yang mengamal atau menjalankan atau mengendalikan, atau bekerja, sebagai pengamal berdaftar;
(b) tidak boleh menggunakan gelaran “berdaftar” dengan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing atau apa-apa gelaran dalam mana-mana bahasa yang semunasabahnya boleh ditafsirkan bahawa dia seorang pengamal berdaftar;
(c) jika seseorang itu tidak didaftarkan sebagai seorang pakar di bawah seksyen 21, tidak boleh mengemukakan dirinya sebagai pakar;
(d) tidak boleh menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, kad atau peranti lain yang memperkenalkan atau membayangkan bahawa dia seorang pengamal berdaftar; atau
(e) tidak berhak untuk mendapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah, apa-apa fi, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan sebagai pengamal berdaftar.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 774 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).