s 35 Falsely personating, using or holding out as a registered practitioner
(1) A person who is not registered under this Act shall not—
(a) falsely personate a registered practitioner;
(b) take or use any name, title, addition or description implying that he is a registered practitioner or that he is recognized by law as a registered practitioner;
(c) use any form of diagnostic, investigative or therapeutic equipment or device to induce any person to believe that he is a registered practitioner; or
(d) hold himself out, by advertisement or otherwise, as being qualified or authorized to practise as a registered practitioner.
(2) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both, and in the case of a continuing offence, shall be liable to a further fine not exceeding one thousand ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction.
Malay text (authoritative)
Secara palsu menyamar, menggunakan nama atau mengemukakan diri sebagai pengamal berdaftar
(1) Seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini tidak boleh—
(a) secara palsu menyamar sebagai seorang pengamal berdaftar;
(b) memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang boleh ditafsirkan bahawa dia seorang pengamal berdaftar atau bahawa dia diiktiraf di sisi undang-undang sebagai pengamal berdaftar;
(c) menggunakan apa-apa bentuk peralatan diagnostik, penyiasatan atau terapeutik atau peranti untuk mendorong mana-mana orang supaya mempercayai bahawa dia adalah pengamal berdaftar; atau
(d) mengemukakan dirinya, melalui pengiklanan atau selainnya, sebagai berkelayakan atau diberi kuasa untuk beramal sebagai pengamal berdaftar.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).