My bookmarksSign up free
← National Security Council Act 2016

National Security Council Act 2016 s 24

National Security Council Act 2016 s 24

s 24 Power to control movement, road, etc.

(1) The Director of Operations may direct any member of the Security Forces in the security area— (a) to control the movement of any person or any vehicle, vessel, aircraft or conveyance in and out of the security area, including to direct to leave the security area and to refuse entry into the security area; (b) to control or prohibit the use of any road or water-way in, or air space above, any security area by any person or any vehicle, vessel, aircraft or conveyance; or (c) to close any road or water-way in the security area. (2) If a member of the Security Forces in the security area believes on reasonable grounds that a dangerous thing is in or on any vehicle, vessel, aircraft or conveyance in the security area, the member of the Security Forces may do anything necessary to stop the vehicle, vessel, aircraft or conveyance including erecting barriers or other structures. (3) If the member of the Security Forces stops the vehicle, vessel, aircraft or conveyance, the member of the Security Forces shall not detain it for longer than is reasonable and necessary to search it and anything found in or on it.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengawal pergerakan, jalan, dsb.

(1) Pengarah Operasi boleh mengarahkan mana-mana anggota Pasukan Keselamatan di dalam kawasan keselamatan— (a) untuk mengawal pergerakan mana-mana orang atau mana-mana kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut keluar masuk kawasan keselamatan, termasuklah untuk memberikan arahan untuk meninggalkan kawasan keselamatan dan untuk tidak membenarkan kemasukan ke kawasan keselamatan; (b) untuk mengawal atau melarang penggunaan mana-mana jalan atau laluan air di dalam, atau ruang udara di atas, mana-mana kawasan keselamatan oleh mana-mana orang atau mana-mana kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut; atau (c) untuk menutup mana-mana jalan atau laluan air di dalam kawasan keselamatan. (2) Jika anggota Pasukan Keselamatan di dalam kawasan keselamatan atas alasan yang munasabah mempercayai bahawa terdapat benda berbahaya di dalam atau di atas mana-mana kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut di dalam kawasan keselamatan itu, anggota Pasukan Keselamatan itu boleh melakukan apa-apa jua yang perlu untuk memberhentikan kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut itu termasuklah mendirikan rintangan atau struktur lain. (3) Jika anggota Pasukan Keselamatan itu memberhentikan kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut, anggota Pasukan Keselamatan itu tidak boleh menahannya lebih lama daripada yang munasabah dan perlu untuk memeriksanya dan apa-apa jua yang dijumpai di dalam atau di atasnya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 776 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next