My bookmarksSign up free
← National Security Council Act 2016

National Security Council Act 2016 s 30

National Security Council Act 2016 s 30

s 30 Power to take temporary possession of land, building or movable property

(1) The Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations may, if it appears to him to be necessary or expedient to do so in the interest of national security, or for the accommodation of any Security Forces, take temporary possession of any land, any building or part of a building, or any movable property in any security area and may give such directions as appear to him necessary or expedient in connection with the taking of possession of that land, building or movable property. (2) Any member of the Security Forces may take such steps and use such force as appears to him to be reasonably necessary for securing compliance with directions given to any person under subsection (1). (3) While any land, building or movable property is in temporary possession of the Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations under this section, the land, building or movable property may, notwithstanding any restriction imposed on the use thereof (whether by any written law or other instrument or otherwise), be used by, or under the authority of, the Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations for such purpose, and in such manner, as the Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations thinks expedient in the interest of national security or for the accommodation of any Security Forces. (4) The Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations, so far as appears to him to be necessary or expedient in connection with the taking of temporary possession or use of the land, building or movable property in pursuance of subsection (3)— (a) may do, or authorize persons using the land, building or movable property to do, in relation to the land, building or movable property, anything any person having an interest in the land, building or movable property would be entitled to do by virtue of that interest; and (b) may by order provide for prohibiting or restricting the exercise of rights of way over the land or building, and of other rights relating thereto which are enjoyed by any person, whether by virtue of an interest in the land or building or otherwise. (5) The owner or occupier of any land, building or movable property shall, if requested by or on behalf of the Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations so to do, furnish to such authority or person as may be specified in the request such information in his possession relating to the land, building or movable property, being information which may reasonably be demanded of him in connection with the execution of this section, as may be so specified. (6) Any person aggrieved by reason of the taking possession of any land, building or movable property under this section may, within fourteen days after possession has been taken, give notice of his objection thereto to an advisory committee appointed under subsection (7). (7) The advisory committee referred to in subsection (6) shall consist of the persons appointed by the Director General and such committee may make rules for the conduct of its proceedings. (8) The chairman of an advisory committee to which such notice has been given under subsection (6) by an aggrieved person shall inform the Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations who has taken possession of the land, building or movable property. (9) The advisory committee shall consider the objection made by the aggrieved person under subsection (6) and any grounds which may be put forward against the objection by the Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations who has taken possession of the land, building or movable property and shall forward its recommendations to the Director General. (10) The Director General shall, after considering the recommendations of the advisory committee, give such directions as he thinks fit. (11) If possession is taken of any land, building or movable property in any security area under subsection (1) or the Director General gives direction under subsection (10) to the Director of Operations or any person authorized by the Director of Operations to take temporary possession of any land, building or movable property in the security area, compensation shall be paid to the aggrieved person.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih

(1) Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi boleh, jika didapatinya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keselamatan negara, atau untuk mengadakan tempat tinggal bagi mana-mana Pasukan Keselamatan, mengambil milikan sementara mana-mana tanah, mana-mana bangunan atau bahagian sesuatu bangunan, atau mana-mana harta alih di dalam mana-mana kawasan keselamatan dan boleh memberikan apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilmilikan tanah, bangunan atau harta alih itu. (2) Mana-mana anggota Pasukan Keselamatan boleh mengambil apa-apa langkah dan menggunakan apa-apa kekerasan yang didapatinya adalah semunasabahnya perlu bagi memastikan pematuhan arahan yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (1). (3) Semasa mana-mana tanah, bangunan atau harta alih berada dalam milikan sementara Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi di bawah seksyen ini, tanah, bangunan atau harta alih itu boleh, walau apa pun sekatan yang dikenakan ke atas penggunaannya (sama ada melalui mana-mana undang-undang bertulis atau surat cara lain atau selainnya), digunakan oleh, atau di bawah kuasa, Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi bagi maksud sedemikian, dan mengikut apa-apa cara, yang difikirkan suai manfaat oleh Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi demi kepentingan keselamatan negara atau untuk mengadakan tempat tinggal bagi mana-mana Pasukan Keselamatan. (4) Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi, setakat yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilmilikan sementara atau penggunaan tanah, bangunan atau harta alih itu menurut subseksyen (3)— (a) boleh melakukan, atau memberi orang yang menggunakan tanah, bangunan atau harta alih itu kuasa untuk melakukan, berhubung dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, apa-apa jua yang mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai tanah, bangunan atau harta alih itu berhak melakukannya menurut kuasa kepentingan itu; dan (b) boleh melalui perintah mengadakan peruntukan bagi melarang atau mengehadkan penggunaan hak lalu-lalang ke atas tanah atau bangunan itu, dan hak lain yang berhubungan dengannya yang dinikmati oleh mana-mana orang, sama ada menurut kepentingan mengenai tanah atau bangunan itu atau selainnya. (5) Pemunya atau penghuni mana-mana tanah, bangunan atau harta alih hendaklah, jika diminta oleh atau bagi pihak Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi untuk berbuat demikian, memberikan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam permintaan itu apa-apa maklumat yang berada dalam milikannya yang berhubungan dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, yang merupakan maklumat yang boleh dengan semunasabahnya diminta daripadanya berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini, sebagaimana yang dinyatakan sedemikian. (6) Mana-mana orang yang terkilan oleh sebab pengambilmilikan mana-mana tanah, bangunan atau harta alih di bawah seksyen ini boleh, dalam tempoh empat belas hari selepas milikan diambil, memberikan notis bantahannya terhadap pengambilmilikan itu kepada suatu jawatankuasa penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (7). (7) Jawatankuasa penasihat yang disebut dalam subseksyen (6) hendaklah terdiri daripada orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah dan jawatankuasa itu boleh membuat kaedah-kaedah bagi penjalanan prosidingnya. (8) Pengerusi jawatankuasa penasihat yang kepadanya notis itu telah diberikan di bawah subseksyen (6) oleh orang yang terkilan hendaklah memberitahu Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi yang telah mengambil milikan tanah, bangunan atau harta alih itu. (9) Jawatankuasa penasihat hendaklah mempertimbangkan bantahan yang dibuat oleh orang yang terkilan itu di bawah subseksyen (6) dan apa-apa alasan yang mungkin dikemukakan terhadap bantahan itu oleh Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi yang telah mengambil milikan tanah, bangunan atau harta alih itu dan hendaklah mengemukakan syornya kepada Ketua Pengarah. (10) Ketua Pengarah hendaklah, selepas mempertimbangkan syor jawatankuasa penasihat itu, memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut. (11) Jika mana-mana tanah, bangunan atau harta alih di dalam mana-mana kawasan keselamatan diambil milikan di bawah subseksyen (1) atau Ketua Pengarah memberikan arahan di bawah subseksyen (10) kepada Pengarah Operasi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pengarah Operasi untuk mengambil milikan sementara mana-mana tanah, bangunan atau harta alih di dalam kawasan keselamatan, pampasan hendaklah dibayar kepada orang yang terkilan itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 776 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next