Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017 s 13
s 13 Issue of permit for commercial or potential commercial purpose
(1) The Competent Authority shall issue a permit for commercial or potential commercial purpose which contains particulars as may be determined by the National Competent Authority in consultation with the Competent Authority.
(2) Upon issuance of the permit under subsection (1), there shall be no change of use in relation to the biological resource as specified in the permit except upon a fresh application being made and a permit issued under this section.
(3) The Competent Authority may at any time after issuing a permit under subsection (1)β
(a) impose any additional condition on the permit as it thinks necessary or expedient; or
(b) amend or revoke any condition imposed on the permit.
(4) Where the Competent Authority invokes subsection (3), the Competent Authority shall give the permit holder a written notice of its intention to do so and opportunity to make written representations within the period specified in the notice.
(5) After the expiry of the period specified in the notice, and after considering any representation made by the permit holder, the Competent Authority shall decide whether to impose, vary or revoke any condition under subsection (3).
(6) The Competent Authority shall give the permit holder a written notice of its decision under subsection (5) as soon as practicable and the decision shall take effect on a date specified in the written notice.
(7) Any person who contravenes subsection (2) or any condition imposed on the permit under subsection (3) commits an offence and shall, on conviction, be liableβ
(a) where such person is an individual, to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both; or
(b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit.
Malay text (authoritative)
Pengeluaran permit bagi maksud komersial atau komersial berpotensi
(1) Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah mengeluarkan suatu permit bagi maksud komersial atau komersial berpotensi yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Kompeten.
(2) Selepas pengeluaran permit di bawah subseksyen (1), tiada perubahan bagi penggunaan berhubung dengan sumber biologi sebagaimana yang dinyatakan dalam permit boleh dibuat kecuali apabila permohonan baharu dibuat dan suatu permit dikeluarkan di bawah seksyen ini.
(3) Pihak Berkuasa Kompeten boleh pada bila-bila masa selepas mengeluarkan permit di bawah subseksyen (1)β
(a) mengenakan apa-apa syarat tambahan bagi permit sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat; atau
(b) meminda atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan atas permit.
(4) Jika Pihak Berkuasa Kompeten menggunakan subseksyen (3), Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah memberikan notis bertulis kepada pemegang permit mengenai niatnya untuk berbuat sedemikian dan memberikan peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(5) Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, dan setelah mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang permit, Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah memutuskan sama ada untuk mengenakan, mengubah atau membatalkan apa-apa syarat di bawah subseksyen (3).
(6) Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada pemegang permit mengenai keputusannya di bawah subseksyen (5) dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.
Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 23
(7) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau apa-apa syarat yang dikenakan bagi permit di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkanβ
(a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya; atau
(b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Read this section in the full act β Β· Open Part III β
Find Act 795 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).