(1) Subject to subsection (3), the Director General shall make a customs ruling in respect of any matter specified in the application made under section 42 and such customs ruling shall bind the applicant.
(2) Any customs ruling made under subsection (1) may be subject to such conditions as the Director General deems fit.
(3) The Director General may decline to make a customs ruling if, in his opinion—
(a) the information given by the applicant is insufficient to do so;
(b) the application is for a hypothetical situation; or
(c) any pending appeal under section 81 involves the subject matter referred to in the application.
Malay text (authoritative)
Membuat ketetapan kastam
(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu ketetapan kastam berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam permohonan yang dibuat di bawah seksyen 42 dan ketetapan kastam itu hendaklah mengikat pemohon itu.
(2) Apa-apa ketetapan kastam yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(3) Ketua Pengarah boleh menolak untuk membuat ketetapan kastam jika, pada pendapatnya—
(a) maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah tidak mencukupi untuk berbuat demikian;
(b) permohonan itu adalah untuk situasi andaian; atau
(c) apa-apa rayuan yang belum selesai di bawah seksyen 81 melibatkan hal perkara yang disebut dalam permohonan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).