My bookmarksSign up free
← Departure Levy Act 2019

Departure Levy Act 2019 s 51

Departure Levy Act 2019 s 51

s 51 Compounding of offences

(1) The Minister may, with the approval of the Public Prosecutor, make regulations prescribing— (a) any offence under this Act or any regulations made under this Act as an offence which may be compounded; (b) the criteria for compounding such offence; and (c) the method and procedure for compounding such offence. (2) Any senior officer of customs may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, at any time before a charge is being instituted, compound any offence prescribed as an offence which may be compounded by making a written offer to the person reasonably suspected of having committed the offence to compound the offence upon payment to the Director General of a sum of money not exceeding fifty per centum of the amount of the maximum fine to which the person would have been liable to if he had been convicted of the offence, within such time as may be specified in the written offer. (3) An offer under subsection (2) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or such extended time as the Director General may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (4) Where an offence has been compounded under subsection (2), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any document or thing seized in connection with the offence may be released by the Director General, subject to such terms as the Director General thinks fit. (5) All sums of monies received by the Director General under this section shall be paid into and form part of the Consolidated Fund.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan— (a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; (b) kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan (c) kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu. (2) Mana-mana pegawai kanan kastam boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang telah disita yang berkait dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. (5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 813 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next