My bookmarksSign up free
← Malaysian Aviation Commission (Dissolution) Act 2024

Malaysian Aviation Commission (Dissolution) Act 2024 s 11

Malaysian Aviation Commission (Dissolution) Act 2024 s 11

s 11 Membership of Commission, etc.

(1) Members of the Commission who held office and members of any committee appointed under the Malaysian Aviation Commission Act 2015 before the date of coming into operation of this Act shall, on the date of coming into operation of this Act, cease to hold office or cease to be members of the committee, as the case may be. (2) A n y m e m b e r o f t h e C o m m i s s i o n , e x c e p t f o r the Secretary General of the Ministry of Transport shall not, within two years from the date of coming into operation of this Act, enter into any contract of service or carry out or be involved in any business or other activity carried on for the purpose of gain, in or relating to, aviation, unless with written approval of the Minister. (3) Any member of the Commission who, before the date of coming into operation of this Act, ceased to be a member of the Commission, shall continue not to enter into any contract of service or carry out or be involved in any business or other activity carried on for the purpose of gain, in or relating to, aviation until the expiry date of two years from the date of his cessation, unless with written approval of the Minister.

Malay text (authoritative)

Keanggotaan Suruhanjaya, dsb.

(1) Anggota Suruhanjaya yang memegang jawatan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhenti daripada memegang jawatan atau terhenti daripada menjadi anggota jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Mana-mana anggota Suruhanjaya, kecuali Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan tidak boleh, dalam masa dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, penerbangan, melainkan jika dengan kelulusan bertulis Menteri. (3) Mana-mana anggota Suruhanjaya yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah terhenti menjadi anggota Suruhanjaya, hendaklah terus tidak membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, penerbangan sehingga tarikh habis tempoh dua tahun dari tarikh pemberhentiannya, melainkan jika dengan kelulusan bertulis Menteri.

Read this section in the full act →

Find Act 856 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next