Online Safety Act 2025 s 18
s 18 Duty to protect online safety of child user
(1) A licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall implement the measures as specified in the code to ensure safe use of their services by child users.
(2) Notwithstanding subsection (1), the licensed applications service provider or licensed content applications service provider may implement any alternative measures other than the measures specified in the code if the licensed applications service provider or licensed content applications service provider proves to the satisfaction of the Commission that the alternative measures will better ensure safe use of its service by child users.
(3) The measures implemented under this section shall include measures to ensure safe design and operation of the service that is, in the opinion of the licensed applications service provider or licensed content applications service provider, likely to be accessed by child users—
(a) to prevent access of a user identified to be a child to a content suspected to be a harmful content;
(b) to limit the ability of a user identified to be an adult from communicating with a user identified to be a child;
(c) to limit features that increase, sustain or extend the use of its service by a user identified to be a child;
(d) to prevent a user identified to be an adult from viewing the personal information of a user identified to be a child that is available on its service; and
(e) to control personalized recommendation systems suitable for child users.
Malay text (authoritative)
Kewajipan untuk melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak
(1) Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah melaksanakan langkah-langkah sebagaimana yang dinyatakan dalam kod untuk memastikan penggunaan selamat perkhidmatannya oleh pengguna kanak-kanak.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen boleh melaksanakan apa-apa langkah alternatif selain langkah-langkah yang dinyatakan dalam kod jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi
kandungan berlesen itu membuktikan sehingga memuaskan Suruhanjaya bahawa langkah-langkah alternatif itu akan memastikan dengan lebih baik penggunaan yang selamat perkhidmatannya oleh pengguna kanak-kanak.
(3) Langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah seksyen ini hendaklah termasuk langkah-langkah untuk memastikan reka bentuk dan pengendalian yang selamat bagi perkhidmatan yang, pada pendapat pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, berkemungkinan akan diakses oleh pengguna kanak-kanak—
(a) untuk menghalang akses seseorang pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak kepada kandungan yang disyaki sebagai kandungan memudaratkan;
(b) untuk mengehadkan keupayaan seseorang pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang dewasa daripada berkomunikasi dengan pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak;
(c) untuk mengehadkan ciri-ciri yang meningkatkan, mengekalkan atau melanjutkan penggunaan perkhidmatannya oleh seseorang pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak;
(d) untuk menghalang seseorang pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang dewasa daripada melihat maklumat peribadi pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak yang terdapat dalam perkhidmatannya; dan
(e) untuk mengawal sistem saranan peribadi yang sesuai bagi pengguna kanak-kanak.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).