My bookmarksSign up free
← Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 15

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 15

s 15 Employer to construct and maintain estate hospital

(1) The Director General may, at any time by order in writing, require any employer to construct within a reasonable time to be stated in such order and thereafter to maintain at his own expense, a hospital, hereinafter called “estate hospital”, on or in the immediate neighbourhood of any estate upon which workers are employed by him with accommodation for such number of patients as may be stated in such order. (2) Where there is already a hospital maintained by the employer, the Director General may, by order in writing, require the employer to enlarge or add to such hospital so as to provide accommodation for a further number of patients as may be stated in the order. (3) For the purposes of subsection (1) or (2) the Director General may further require the employer to employ a registered medical practitioner, registered under the Medical Act 1971, to reside at and have charge of such hospital or any hospital maintained by such employer, and to provide such medical practitioner with fit and proper house accommodation to the satisfaction of the Medical Officer of Health. (4) If two or more estates are so situated that the required accommodation for patients from such estates can be conveniently provided in one hospital, the Director General may, instead of ordering each employer to construct and maintain a separate hospital, order all the employers concerned to construct within a reasonable time to be stated in such order and thereafter to maintain at their own expense one hospital, hereinafter called a “group estate hospital”, for all such estates with accommodation for such number of patients as may be stated in the order, or if there is already a hospital erected and maintained jointly by two or more employers (whether constructed under the provisions of this section or not) may order them to enlarge or add to such hospital so as to provide accommodation for such further number of patients from their estates as may be stated in the order. (5) For the purposes of subsection (4) the Director General may further require the employers to employ a registered medical practitioner, registered under the Medical Act 1971, to have charge of such group hospital and to provide such medical practitioner with fit and proper house accommodation to the satisfaction of the Medical Officer of Health. (6) Where there already exists an estate hospital or group estate hospital the Director General may order the employers concerned to join such estate hospital or group estate hospital, as the case may be, and be jointly responsible for the maintenance of such hospital. (7) Every employer referred to in this section and the resident manager of every estate concerned shall be responsible for the registration and the due maintenance of the estate hospital or group estate hospital, as the case may be, registered in accordance with the provisions of the Private Hospitals Act 1971 [Act 43] and any regulation made thereunder. (8) No employer who has constructed and maintained an estate hospital or a group estate hospital, whether in pursuance of an order of the Director General under this section or otherwise, shall reduce the number of beds or discontinue the maintenance and operation of such estate hospital or group estate hospital without the prior written permission of the Director General.

Malay text (authoritative)

Majikan hendaklah membina dan menyenggarakan hospital estet

(1) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa melalui perintah bertulis, menghendaki mana-mana majikan supaya membina dalam suatu masa yang munasabah yang hendaklah dinyatakan dalam perintah itu dan selepas itu menyenggarakan atas perbelanjaannya sendiri, sebuah hospital, kemudian daripada ini disebut “hospital estet”, di mana-mana estet atau kawasan berhampiran dengan mana-mana estet yang pekerja diambil kerja olehnya dengan tempat penginapan bagi apa-apa bilangan pesakit sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (2) Jika sudah ada suatu hospital yang disenggarakan oleh majikan itu, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki majikan itu supaya membesarkan atau menambah kepada hospital itu bagi menyediakan tempat penginapan bagi suatu bilangan pesakit tambahan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (3) Bagi maksud subseksyen (1) atau (2), Ketua Pengarah boleh menghendaki selanjutnya supaya majikan mengambil kerja seorang pengamal perubatan berdaftar, yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971, untuk tinggal dan bertanggungjawab ke atas hospital itu atau mana-mana hospital yang disenggarakan oleh majikan itu, dan menyediakan pengamal perubatan itu dengan rumah kediaman yang layak dan sesuai yang memuaskan hati Pegawai Perubatan Kesihatan. (4) Jika dua atau lebih estet terletak sedemikian rupa sehingga tempat penginapan yang dikehendaki bagi pesakit dari estet itu dapat disediakan dengan mudah dalam satu hospital, Ketua Pengarah boleh, sebagai ganti memerintahkan setiap majikan membina dan menyenggarakan suatu hospital yang berasingan, memerintahkan semua majikan yang berkenaan untuk membina dalam suatu masa yang munasabah yang dinyatakan dalam perintah itu dan selepas itu menyenggarakan atas perbelanjaan mereka sendiri sebuah hospital, kemudian daripada ini disebut “hospital estet kumpulan”, bagi semua estet itu dengan tempat penginapan bagi apa-apa bilangan pesakit sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau jika sudah ada suatu hospital yang didirikan dan disenggarakan secara bersesama oleh dua atau lebih majikan (sama ada dibina di bawah peruntukan seksyen ini atau tidak) boleh memerintahkan mereka untuk membesarkan atau menambah kepada hospital itu bagi menyediakan tempat penginapan bagi apa-apa bilangan pesakit tambahan dari estet mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (5) Bagi maksud subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh menghendaki selanjutnya supaya majikan mengambil kerja seorang pengamal perubatan berdaftar, yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971, untuk bertanggungjawab ke atas hospital kumpulan itu dan menyediakan pengamal perubatan itu dengan rumah kediaman yang layak dan sesuai yang memuaskan hati Pegawai Perubatan Kesihatan. (6) Jika sudah sedia ada suatu hospital estet atau hospital estet kumpulan, Ketua Pengarah boleh memerintahkan majikan yang berkenaan menyertai hospital estet atau hospital estet kumpulan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bersesama bertanggungjawab bagi penyenggaraan hospital itu. (7) Tiap-tiap majikan yang disebut dalam seksyen ini dan pengurus residen bagi tiap-tiap estet yang berkenaan hendaklah bertanggungjawab bagi pendaftaran dan penyenggaraan yang wajar bagi hospital estet atau hospital estet kumpulan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang didaftarkan mengikut peruntukan *Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43] dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. (8) Tiada majikan yang telah membina dan menyenggarakan suatu hospital estet atau hospital estet kumpulan, sama ada menurut suatu perintah daripada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini atau selainnya, boleh mengurangkan bilangan katil atau menghentikan penyenggaraan dan urusan hospital estet atau hospital estet kumpulan itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah. *CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2006—lihat seksyen 119 Akta 586 dan P.U. (B) 93/2006.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 446 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next