Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 23
s 23 Weekly inspection of workers’ housing
(1) It shall be the duty of the employer of a place of employment where workers and their dependants are provided with housing accommodation to ensure that—
(a) the area surrounding the workers’ housing is kept clear of undergrowth and maintained in a clean and sanitary condition;
(b) the perimeter drains around each dwelling or block of dwellings including all outlet drains are kept in a good state of repair and clear of refuse or undergrowth to permit free flow of water;
(c) all refuse in the housing site is collected daily and disposed of satisfactorily; and
(d) all communal latrines and bathrooms are kept in a clean, sanitary and working condition.
(2) It shall be the duty of the employer to ensure that all buildings used for the housing of workers, nurseries or community halls are visited and inspected weekly by an estate hospital assistant registered under the Estate Hospital Assistants (Registration) Act 1965 [Act 435] or any other responsible person authorized by the employer who shall report to the resident manager if the buildings are not kept clean or if any refuse is allowed to accumulate in the neighbourhood of the buildings, and who shall also examine and if necessary take, or cause to be taken, to hospital any worker found in the buildings who appears to be suffering from any health complaint and report to the resident manager accordingly.
(3) The findings of the estate hospital assistant or any other authorized person shall be recorded in a book kept at the place of employment and be made available to the Director General or Medical Officer of Health for inspection.
(4) In any case where the Medical Officer of Health shall consider that the visits, inspections or other duties, prescribed by subsection
(2) are not satisfactorily carried out he may notify the resident manager accordingly, specifying the matters in respect whereof he is not satisfied, and the resident manager shall thereupon make further or other arrangements as the Medical Officer of Health may require.
Malay text (authoritative)
Pemeriksaan mingguan ke atas perumahan pekerja
(1) Hendaklah menjadi kewajipan majikan sesuatu tempat pekerjaan di mana pekerja dan tanggungan mereka disediakan tempat tinggal untuk memastikan bahawa—
(a) kawasan di sekeliling perumahan pekerja sentiasa bersih daripada semak dan disenggarakan dalam keadaan bersih dan sanitari;
(b) saliran keliling di sekeliling setiap kediaman atau blok kediaman termasuk semua saliran keluar dijaga dalam keadaan baik dan bersih daripada sampah atau semak bagi membolehkan air mengalir dengan bebas;
(c) semua sampah di tapak perumahan dikutip setiap hari dan dibuang dengan cara yang memuaskan; dan
(d) semua tandas dan bilik air komunal dijaga dalam keadaan bersih, sanitari dan boleh digunakan.
(2) Hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk memastikan bahawa semua bangunan yang digunakan bagi perumahan pekerja, pusat asuhan kanak-kanak atau dewan komuniti dilawati dan diperiksa setiap minggu oleh seorang pembantu hospital estet yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 [Akta 435] atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab yang diberi kuasa oleh majikan yang hendaklah membuat laporan kepada pengurus residen jika bangunan itu tidak dijaga dengan bersih atau jika sampah dibiarkan bertimbun di sekitar bangunan itu, dan yang juga hendaklah memeriksa dan jika perlu membawa, atau menyebabkan supaya dibawa, ke hospital mana-mana pekerja yang dijumpai di dalam bangunan itu, yang didapati menghidap apa-apa penyakit dan melaporkan kepada pengurus residen dengan sewajarnya.
(3) Hasil pemeriksaan pembantu hospital estet atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa hendaklah direkodkan dalam suatu buku yang disimpan di tempat pekerjaan dan dijadikan tersedia bagi pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau Pegawai Perubatan Kesihatan.
(4) Dalam apa-apa hal jika Pegawai Perubatan Kesihatan berpendapat bahawa lawatan, pemeriksaan atau kewajipan lain, yang ditetapkan oleh subseksyen (2) tidak dijalankan dengan memuaskan, dia boleh memberitahu pengurus residen dengan sewajarnya dengan menyatakan perkara yang berkenaan dengannya dia tidak berpuas hati, dan pengurus residen hendaklah sesudah itu membuat perkiraan selanjutnya atau yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Perubatan Kesihatan itu.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 446 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).