My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 18

Strata Management Act 2013 s 18

s 18 Duty of developer to convene first annual general meeting of joint management body

(1) It shall be the duty of the developer to convene the first annual general meeting of the joint management body within the period specified in subsection 17(1). (2) Any developer who fails to comply with subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (3) The developer shall give written notice of the first annual general meeting of the joint management body to all purchasers not less than fourteen days before the meeting, and a copy of such written notice shall be displayed at a conspicuous part of the development area. (4) The developer shall prepare and place before the first annual general meeting of the joint management body for consideration an annual budget that sufficiently sets the expected and estimated expenditure required to properly maintain and manage the buildings or lands intended for subdivision into parcels and the common property which shall be for a period of twelve months starting on the first day of the month following the date of the first annual general meeting. (5) If the developer fails to convene the first annual general meeting of the joint management body within the period specified in subsection 17(1), the Commissioner may appoint any person to convene the first annual general meeting of the joint management body within such time as may be specified by the Commissioner, and the developer shall pay all the expenses incurred for that purpose.

Malay text (authoritative)

Kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama

(1) Hendaklah menjadi kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 17(1). (2) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (3) Pemaju hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama itu kepada semua pembeli tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat itu, dan suatu salinan notis bertulis itu hendaklah dipamerkan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat. (4) Pemaju hendaklah menyediakan dan membentangkan dalam mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama untuk pertimbangan suatu belanjawan tahunan yang menyatakan dengan secukupnya perbelanjaan yang dijangkakan dan dianggarkan yang dikehendaki untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang hendaklah bagi suatu tempoh selama dua belas bulan bermula dari hari pertama bagi bulan berikutan tarikh mesyuarat agung tahunan pertama itu. (5) Jika pemaju tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 17(1), Pesuruhjaya boleh melantik mana-mana orang untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama itu dalam masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya, dan pemaju hendaklah membayar semua belanja yang dilakukan bagi maksud itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 3 β†’

Find Act 757 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next