My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 19

Strata Management Act 2013 s 19

s 19 First annual general meeting of joint management body

(1) The agenda for the first annual general meeting of the joint management body shall include the following matters: (a) to determine the number of members of the joint management committee and to elect the members of the joint management committee; (b) to consider the annual budget prepared by the developer under subsection 18(4); (c) subject to subsections 25(2) and (3), to determine the amount to be paid by a parcel owner as the Charges, and contribution to the sinking fund; (d) to determine the rate of interest payable by a parcel owner in respect of any late payment of the Charges, or contribution to the sinking fund, by the parcel owner; (e) to consider the audited accounts specified in subparagraph 14(1)(b)(ii); (f) to confirm the taking over by the joint management body of insurances effected by the developer under this Act; (g) to make additional by-laws; and (h) to consider any other matter connected with the maintenance and management of the common property of the building or land intended for subdivision into parcels. (2) If within half an hour after the time appointed for the meeting no purchaser entitled to vote turns up or all the purchasers present, for any reason, refuse to be members of the joint management committee, the developer or the person appointed by the Commissioner to convene the meeting shall, within seven days of the date of the meeting inform the Commissioner of the fact and the Commissioner may— (a) appoint a new date for the election of the joint management committee; or (b) appoint a managing agent under Part VI to maintain or manage the buildings or lands intended for subdivision into parcels and the common property comprised in the development area.

Malay text (authoritative)

Mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama

(1) Agenda bagi mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama hendaklah termasuk perkara yang berikut: (a) untuk menentukan bilangan anggota jawatankuasa pengurusan bersama dan untuk memilih anggota jawatankuasa pengurusan bersama; (b) untuk menimbangkan belanjawan tahunan yang disediakan oleh pemaju di bawah subseksyen 18(4); (c) tertakluk kepada subseksyen 25(2) dan (3), untuk menentukan jumlah yang kena dibayar oleh pemunya petak sebagai Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas; (d) untuk menentukan kadar bunga yang kena dibayar oleh seseorang pemunya petak berkenaan dengan apa-apa pembayaran lewat bagi Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas, oleh pemunya petak itu; (e) untuk menimbangkan akaun teraudit yang dinyatakan dalam subperenggan 14(1)(b)(ii); (f) untuk mengesahkan pengambilalihan insurans yang diambil oleh pemaju di bawah Akta ini oleh badan pengurusan bersama; (g) untuk membuat undang-undang kecil tambahan; dan (h) untuk menimbangkan apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak. (2) Jika dalam masa setengah jam selepas masa yang ditetapkan untuk mesyuarat itu tiada pembeli yang berhak untuk mengundi hadir atau semua pembeli yang hadir, atas apa-apa sebab, enggan menjadi anggota jawatankuasa pengurusan bersama, pemaju atau orang yang dilantik oleh Pesuruhjaya untuk mengadakan mesyuarat itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh mesyuarat itu memaklumkan kepada Pesuruhjaya mengenai hakikat itu dan Pesuruhjaya boleh— (a) menetapkan suatu tarikh baru bagi pemilihan jawatankuasa pengurusan bersama itu; atau (b) melantik seorang ejen pengurusan di bawah Bahagian VI untuk menyenggarakan atau menguruskan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter 3 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next