My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 50

Strata Management Act 2013 s 50

s 50 Developer to establish maintenance account in the name of management corporation

(1) A developer shall open and maintain a maintenance account in respect of the development area in the name of the management corporation with a bank or financial institution— (a) if vacant possession of a parcel was delivered before the commencement of this Act, on the date of the commencement of this Act; (b) if vacant possession of a parcel is delivered after the commencement of this Act and after the management corporation came into existence, at any time before the delivery of vacant possession; or (c) if vacant possession of a parcel is delivered after the commencement of this Act and before the management corporation comes into existence and if no joint management body is established under subsection 17(1), within fourteen days from the date the management corporation comes into existence, but in any case, before the Charges are collected from the proprietors of any parcel in the development area. (2) The maintenance account shall consist of— (a) all Charges paid by the proprietors to the management corporation; (b) all or any part of the Charges imposed by or payable to the management corporation under this Act; (c) all moneys derived from the sale, disposal, lease or hire of, or any other dealing with any property, mortgages, charges or debentures vested in or acquired by the management corporation; (d) all other moneys and property which may in any manner become payable to or vested in the management corporation in respect of any matter incidental to its functions and powers; and (e) all other moneys lawfully received by the management corporation, including interest, donation and trust. (3) The maintenance account shall be used solely for the purpose of meeting the actual or expected general or regular expenditure necessary in respect of the following matters: (a) maintaining the common property in good condition on a day-to-day basis; (b) paying for the expenses incurred in providing cleaning services for the common property, security services and amenities for the occupiers of the building; (c) paying any premiums for the insurance effected under this Act or any other insurance approved by a special resolution in a general meeting; (d) complying with any notice or order given or made by the local authority in respect of periodical inspection of any building in the development area in the manner as specified in the Street, Drainage and Building Act 1974; (e) minor painting on the premises of the common property; (f) carrying out inspection of all electrical wiring systems of the common property and replacing or repairing any faulty wiring system, if any; (g) carrying out inspection, maintenance and repair of the main water tanks; (h) paying rent and rates, if any; (i) paying any fee incurred for the auditing of the accounts required to be maintained by the management corporation under this Act; (j) paying all charges reasonably incurred for the administration of the accounts required to be maintained by the management corporation under this Act as may be determined by the Commissioner; (k) paying the remuneration or fees for the managing agent appointed under Part VI; (l) paying for the allowances and other expenses of the members of the management committee according to such rates as may be approved by the Commissioner; (m) paying any expenses, costs or expenditure in relation to the procurement of services, including the engagement of consultants, legal fees or costs and other fees and costs, properly incurred or accepted by the management corporation in the performance of its functions and the exercise of its power under this Act; or (n) meeting other expenses of a general or regular nature relating to the maintenance and management of the building or land intended for subdivision into parcels and the common property. (4) Any developer who fails to comply with subsection (1) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Pemaju hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan atas nama perbadanan pengurusan

(1) Pemaju hendaklah membuka dan menyenggarakan suatu akaun penyenggaraan berkenaan dengan kawasan pemajuan atas nama perbadanan pengurusan dengan suatu bank atau institusi kewangan— (a) jika milikan kosong sesuatu petak telah diserahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) jika milikan kosong sesuatu petak diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan selepas wujudnya perbadanan pengurusan, pada bila-bila masa sebelum penyerahan milikan kosong itu; atau (c) jika milikan kosong sesuatu petak diserahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan sebelum wujudnya perbadanan pengurusan dan jika tiada badan pengurusan bersama ditubuhkan di bawah subseksyen 17(1), dalam tempoh empat belas hari dari tarikh wujudnya perbadanan pengurusan, tetapi dalam mana-mana hal, sebelum Caj dipungut daripada pemilik mana-mana petak di dalam kawasan pemajuan itu. (2) Akaun penyenggaraan hendaklah terdiri daripada— (a) semua Caj yang dibayar oleh pemilik kepada perbadanan pengurusan; (b) semua atau mana-mana bahagian Caj yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada perbadanan pengurusan di bawah Akta ini; (c) semua wang yang didapati daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau sewa, atau apa-apa urusan lain dengan apaapa harta, gadai janji, gadaian, atau debentur yang terletak hak pada atau diperoleh oleh perbadanan pengurusan; (d) semua wang dan harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada perbadanan pengurusan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan (e) semua wang lain yang diterima dengan sah oleh perbadanan pengurusan, termasuk bunga, derma dan amanah. (3) Akaun penyenggaraan hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan am atau lazim yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut: (a) menyenggarakan harta bersama dalam keadaan yang baik secara hari ke hari; (b) membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama, perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni bangunan; (c) membayar apa-apa premium bagi insurans yang diambil di bawah Akta ini atau apa-apa insurans lain yang diluluskan oleh ketetapan khas dalam mesyuarat agung; (d) mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan pemeriksaan berkala bagi mana-mana bangunan di dalam kawasan pemajuan mengikut cara yang dinyatakan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; (e) kerja pengecatan yang kecil pada premis harta bersama; (f) menjalankan pemeriksaan bagi semua sistem pendawaian elektrik bagi harta bersama itu dan menggantikan atau membaiki mana-mana sistem pendawaian yang rosak, jika ada; (g) menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan tangki air utama; (h) membayar sewa dan kadar, jika ada; (i) membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh perbadanan pengurusan di bawah Akta ini; (j) membayar semua caj yang semunasabahnya dilakukan bagi pentadbiran akaun yang dikehendaki untuk disenggarakan oleh perbadanan pengurusan di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya; (k) membayar saraan atau fi bagi ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian VI; (l) membayar elaun dan perbelanjaan lain bagi anggota jawatankuasa pengurusan mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya; (m) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh perbadanan pengurusan dalam pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; atau (n) membayar perbelanjaan lain yang bersifat am atau lazim yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama. (4) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next